Location
Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Thursday, April 30, 2009
Monday, April 27, 2009
MIXED FRUIT BUN

Boleh guna mana2 resepi asas roti pastu pepandai le tabur ngan mixed fruit...sempoi aje wat roti nih...
Resepi Asas Roti
Sumber: Roshayati Johari
Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour (mklang tibai je tepung gandum)
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional) (mklang tak letak pun)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati
Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram
Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.
Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit
Labels:
Roti
Saturday, April 25, 2009
ORDER
Cistat yg diorder oleh Liza dari Greenwood (50 pcs) dan Atie dari Casmaria dekat aje...belakang giant ni..heheh....(200 pcs) tqvm kerana sudi order ngan mkklang...For those yg kat luar sana terliur jangan segan2...kalo terasa nak makan cistat calling/sms/emel maklang aje eh....Order boleh diambil di opis (jln semarak) or di umah (batu caves).
Labels:
Tarts
KELAS CHEESETART - 25/4/09
Kelas cistat diminta oleh Nani dari PJ...jauh tu tapi demi nak belajor dia redah gak ke batukep...heheh..syabas Nani...nanti kawin dah pandai serba serbi, sejuk perut bakal suami...ahakkk...Cistat yg didesign oleh Nani ni cantik wpun Nani kata dia tak penah buat tapi di kelas maklang ni 100% maklang soh dia wat sendiri....maklang jadi mandor....ekekeke....amacam Nani, best tak cistat tu....pasni takyah beli kat luar sana, buat jer sendiri lagi pueh ati...tkasih sbb sudi belajar ngan mklang...
Bagi adik2 yg kat luar sana, apa berlengah lagi, calling2 je maklang kat batukep ni ye...hehehe...rumah mklang sentiasa terbuka utk kalian belajar dan semuanya dibuat secara 'hands on' dan bukannya demo.
Labels:
Kelas
Wednesday, April 22, 2009
CHOC. BALL

Bola Coklat Urai /Choc.Ball
Sumber : Chef Anuar
Bhn
150g kek span coklat
50g jem raspberi (mklang guna blueberi)
30g kismis/kacang (tak masuk pun sbb anak tak suka)
50g coklat masak-dicairkan
200g coklat urai
Cara
Hancurkan kek span menggunakan tangan
Masukkan jem + kismis + coklat masak Gaul rata sehingga jadi doh
Bentukkan bulat sebesar bola pingpong dan golek pada coklat urai.
Labels:
Cookies
IRISH COOKIES
Biskut yg buat den nak termuntah membuatnya.....leh dpt award ABH 2008 kategori cookies....hehehe.....tahun ni takmo buat lagi le...jemu thn lepas lom hilagn lagi...resepi dah tempek buatlah sendiri ye...selamat mencuba.
Irish Cookies
Sumber : Noorbaya
A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe (kalau takde pun takpe)
1st coffee/cappucino emulco
B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)
Hiasan:
putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice (mklg drizzle aje)
Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B. Canai dan terap.
Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake dan Choc Rice.
Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar
Nota maklang : mklang guna nestum...dan kalau nak nampak cantik better guna kuning telur utk sapuan tu...kalau putih telur tak berkilat biskut.
Labels:
Cookies
GREEN LACE

Green Lace
Sumber : baya
Bhn A
120 gram butter
20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu teh perasa pandan
Bhn B
140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot/tpg sagu (mklang guna tepung ubi)
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus (mklang guna hazelnut)
Cara
1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan
Labels:
Cookies
Tuesday, April 21, 2009
FANCY EKSRIM

Fancy Ice-Cream
Sumber : zubaidah/diana
Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Topping coklat dan butiran permata sebagai hiasan
Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
Nota maklang : maklang campurkan strawberry emulco dan pink colour utk dapatkan rasa yg berbeza dan maklang buat 2 adunan...resepi kat atas tu skit sangat...
Labels:
Cookies
SNOWY HEART COOKIES

Jika ada kenkawan di luar sana yg pertama kali ingin buat biz. cookies utk hari raya nanti, bolehlah cuba cookies yg maklang tempek di blog ini....sure tak menyesal punya...ehehehe...
Snowy Heart Cookies aka Biskut Cerelac
Sumber : Rozlinah
Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) - 448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedap
Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana, agak2lah ek...tak leh nak nolong sbb oven lain2.
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.
Labels:
Cookies
BISKUT SUJI BADAM

Masa mula2 biz. cookies, ni le biskut yg dpt order yg banyak selain shortbread....
Biskut Suji Badam
Sumber : kak intan/diana
Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak
Labels:
Cookies
CINCUAN IKAN GORENG
Kalau nak cepat, masak aje style cenggini....sure tak sampai 1/2 jam pun...heheh...Cincuan Ikan Goreng
Sumber : Chef Norzailina Nordin
Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung saiz kecil
4 cm halia dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris halus
150 ml air diperah bersama
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula (tak letakpun)
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
Serbuk kunyit
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
Panaskan minyak, goreng ikan kembung yang telah digaul garam kunyit sehingga masak. Angkat. Kurangkan minyak di dalam kuali, tumis halia dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula pasir, cili merah dan cili hijau. Kacau selama 1 minit kemudian masukkan ikan goreng tadi. Sajikan dengan nasi panas
Labels:
Ikan
Monday, April 20, 2009

Nasi Paprik
Sumber : Web Aneka Selera (ResepiNet)
Bahan - bahan
1 mangkuk nasi putih
Sedikit daging - direbus
Sedikit ayam
Sedikit sotong
Sedikit lobak merah
1 batang jagung muda
*(daging ayam, sotong, lobak merah & jagung muda) - dihiris
3 ekor udang basah
5 biji cili padi - diketuk
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih (bawang besar & bawang putih) - dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kisar 2
helai daun limau purut
sedikit air, garam, sos ikan, gula pasir & minyak masak.
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan cili kisar hingga garing. Masukkan bahan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging dan sedikit air.
3. Kemudian masukkan sotong, daging ayam, jagung muda, lobak merah dan cili padi.
4. Akhir sekali, masukkan sos cili, sos tomato dan garam. Kacau rata dan masak hingga sedikit pekat.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan berulam timun
Labels:
Aneka Nasi
Sunday, April 19, 2009
KELAS FC - 19/4/09
Kelas FC diminta oleh Mas yg cantik manis dari Taman Bkt Permata...dekat aje ...taman sebelah2 rupanya.
Pada mulanya Mas kata cam susah nak deco tapi lama2 bakat mendeconya mula terserlah satu demi satu biskut yg dideconya makin lama makin cantik...dah terkeluar bakat terpendamnya....nanti balik cuba buat lak kat umah ye Mas dan maklang ucapkan terima kasih kerana sudi belajar ngan maklang.
Labels:
Kelas
Saturday, April 18, 2009
Thursday, April 16, 2009
AWARD - BUNGA SAKURA
Award bunga sakura dari Aisyah......tkasih ye....bila pandang bunga ni teringat anak maklang yg berada di sana selama 10 hari.....dia kata bunga sakura tak boleh dipetik, kalo nak ambik pun yg gugur je....huhuhuh
Labels:
Award
KARIPAP KAK LELA
Maklang sengaja ingin mencari kelainan dlm membuat karipap terutama intinya...jadi maklang tertarik dengan karipap kak lela. Karipap ni menurut pengirim menjadi kegemaran ramai terutama di station bus kat Kedah. Karipap ni laris dan sekejap aje dah habis terjual. Maklang ucapkan terima kasih pd pengirim ni kerana sudi berkongsi resepi...mudah2an rezeki pembuat karipap ni bertambah2 hendaknya...aminnn
KARIPAP KAK LELA
Sumber : cari.com
Sumber : cari.com
Inti
Kentang– nak campur keledek pun boleh } potong dadu
Bwg besar }
Lada hitam }
Jintan manis } tumbuk/blend
Bwg besar }
Bwg putih }
Serbuk kunyit
Daun sup - hiris
Daging/ayam/udang – ikut suka
Garam
Cara
Spt biasa buat inti karipap
Kulit karipap kak lela (kalau tak suka kulit karipap camni, boleh buat sendiri punya ye...depends pd diri masing2)
Tepung gandum
Majerin
Telur – pukul
Air sejuk dlm peti ais dibancuh dengan sedikit garam
Cara
Masukkan kesemua bhn dlm bekas dan letak sedikit air demi sedikit hingga dapat adunan yg diingini.
Labels:
Kuih Muih
Monday, April 13, 2009
TAPAI
Tapai Pulut
Sumber : speed (FnR)
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut
2 cawan air
¼ biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4
Cara
Step 1 - pulut dibasuh...campurkan air.... kemudian dikukus selama 15' (takyah rendam2, kukus terus)
Step 2 - gemburkan pulut biar sekata masaknya...dan kukus lagi 10'
Step 3 - sejukkan pulut dalam bekas besar...make sure jangan terkena sedikit pun air sbb nanti tapai jadi merah...(pembetulan) kena air pun takper...bab tapai jadi merah ni takder kena mengena dgn bulan mengambang ke, bendera jepun ke... apa ke, kalau pulut suam2 dah tabur ragi, jawabnya tapai jadi merah.... :-D
Step 4 - biar pulut betui2 sejuk dulu baru parutkan ragi tadi dengan menggunakan penapis...parut ragi keseluruhan pulut tadi..balik2kan pulut tu dengan sudip/sudu biar terkena yg sebelah bawah pulak.
Step 5 - simpan pulut dalam bekas bertutup dan bungkus ngan kain...ambik ajelah apa2 kain...napkin pun boleh...pastu simpan dalam gobok.
Biarkan proses pengeraman berlaku selama 3 hari. Kalau malam ni buat, lusa dah boleh makan dah.
Nota :-D : Jangan tangan tu gatai nak bukak tapai sebelum tempoh pantang tamat..hehehe...
Labels:
Aneka Puding
SERIKAYA

Serikaya
Sumber : Ngah2 (mdc)
Modipai : maklang
Bahan buat gula hangus
1 cwn gula } cairkan dulu gula...dah cair masukkan air skit2...jgn hitam sgt nanti pahit serikaya
1 cwn air }
1/2 cwn gula + 3 biji telur = dipukul
1 1/2 @ 2 cwn santan
2sb tepung jagung
Cara
Buat gula hangus dulu....tutup api...ketepikan.
Masukkan santan ke dalam bekas yg mengandungi telur + gula yg dipukul tadi.
Masukkan tepung jagung
Tuang semua adunan ini ke dalam bancuhan gula hangus
Masakkan atas api hingga pekat...sentiasa dikacau supaya adunan tak bergentel
Campakkan daun pandan dan bolehlah letakkan skit pewarna kuning supaya kaya tak nampak pucat.
Labels:
Lain-Lain Resepi
Sunday, April 12, 2009
Saturday, April 11, 2009
Thursday, April 9, 2009
DAGING MASAK MAMAK

....lagi resepi pilihan yg patut anda cuba....hanya org yg pernah buat aje yg tau camner rasanya...hehehehe
Daging Masak Mamak - original resepi dari Mami Penang
Sumber : Rosyanti Mahram
Bahan
1kg daging lembu (direbus sampai lembut)
2sbm serbuk cili kering (cap babas/allagapas)
1sk serbuk jintan putih
1sk serbuk sajira (btk spt jintan tapi mklang tak letak pun)
Bhn kisar:
Halia
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
5-10 labu bwg besar
2 btg serai - titik
Daun kari
Daun pandan (simpulkan)
Daun pudina (option) - mklang tak letak
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri -
1sb minyak sapi (option)
1cwn bwg goreng (tumbuk halus)
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)
Cara
Panaskan minyak + minyak sapi.
Masukkan bhn kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, serbuk cili, jintan putih dan sajira...kacau dan biar hingga naik aromanya.
Masukkan daging dan airnya sekali.
Bila daging dah lembut dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan daging itu empuk sekejap.
Masukkan tomato puri, daun pudina dan air asam jawa.
Tambahkan garam secukup rasa.
Agak2 kuah dah naik kering, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah.
Labels:
Daging
Tuesday, April 7, 2009
DAGING MASAK KERISEK
..sapa yg lom cuba tu diharap cuba le ye...hanya resepi2 yg terpilih dek tekak maklang akan dpt tinggal bersama maklang di banglo yg indah ini...keh keh keh....Daging Masak Kerisek
Sumber: Cranko21
Bahan-bahannya A
1 kilo daging lembu - potong dadu sebesar 2 inchi (cuci dan tos)
B - di kisar halus
15 btg lada hidup atau lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 btg serai
1 inchi halia
2 biji buah keras- optional
C
2 inchi lengkuas - ketuk2 sket
1 cwn kerisik
8 sudu kicap manis
1/4 cwn air asam daun salam (kalau nak laaaaa tak nak takpe)
garam & gula secukupnya
*maklang campak daun kunyit skit
Cara-caranya
Lebur semua bahan2 (kecuali air asam) dlm kuali hingga daging empok sedikit, kemudian masukkan air asam gaul rata dan masak laa hingga kering. Bila dah kering.. apalagi... ambil nasi panas2 dan makan ler..
Labels:
Daging
ACAR BUAH
Acar buah ni maklang combinekan resepi lynn hassan ngan chef norzailina..so ni le hasilnya...cubalah...mak mklang suka siap pesan soh buah lagi...bila dah pesan camtu means sedap le tuh.......haiiii...kembangggggg rasanya...eheheh...
Acar Buah
Bhn A:
Jintan manis
Jintan putih *sangai semua...n blend (kalo malas beli Babas punya pun takpe..dah siap blend punya)
Bhn B:
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
Bhn C
cili kering kisar
serbuk kari
tomato puri
Bhn D
Buah-buah jeruk
Gula
Cuka
Bijan disangai
Cili api
Cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bhn B, tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan bhn A, kacau
3. Masukkan bhn C, cuka, gula dan garam sesedap rasa dan nak pedas, campak cili api...biarkan sebentar.
4. Akhir sekali masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh...gaul sebati dan biarkan masak.
5. Taburkan bijan yg disangai tadi kacau rata
6. Angkat dan sejukkan. Nota : sumer bhn diatas, tiada sukatan tersendiri so pepandai le adjust ye..mklang main campak2 ajeee...
Tips : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti ais.
Labels:
Kerabu
IKAN GORENG CILI

Kalo malas maklang suka goreng yg sempoi cenggini...ikan dipenuhi dengan bwg dan cili padi....memang menyelerakan....kalo dibiarkan togel aje tak laku, jadi wat camni...sedap.
Ikan Goreng Bercili
Sumber : diana
Bahan-bahannya
6 ekor ikan bawal putih, dibersihkan (maklang guna ikan tenggiri)
2 biji bawang besar, dipotong dadu
12 biji cili padi
1 sudu makan kicap
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Ikan digaul bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili padi, gaul rata sehingga ia setengah layu dan masukkan kicap. Gaul rata dan kemudian tuang diatas ikan sewaktu menghidang.
Labels:
Ikan
Sunday, April 5, 2009
SET NASI AYAM SEMPOI
Menu for lunch...sempoi set nasi ayam planta......sempoinya dari masak nasi hinggalah menyediakan segala set....ehhehehe....malas punya kes...
NASI AYAM PLANTA
Sumber : Azlita
Bahan-bahan untuk nasi :
4 cawan beras Basmathi
5 cawan air1 kiub pati ayam
1 batang serai - dititik2 helai daun pandan - dipotong anggaran 3" panjang
4 ulas bawang merah (**)
4 ulas bawang putih (**)
1" halia (**)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
3 camca besar Planta marjerin
Garam secukupnya
Cara-cara :
Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan ketepikan.
Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan2 yang telah dikisar bersama rempah tumis hingga naik bau.
Masukkan kiub ayam dan tambah sedikit air. Didihkan hingga kiub hancur dan sebati.
Masukkan garam, serai dan marjerin dan didihkan hingga sekejap.
Tuang ke dalam periuk berisi beras. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan masak macam biasa.
...biasanya kalau nasi ayam, family maklang tak suka ayam madu...mereka suka ayam digoreng berempah aje....sonang kojo den...ahakkk
Ayam Goreng Berempah Sempoi
Ayam
Bhn Kisar :
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Cili Serbuk
Rempah ayam/daging
Tepung beras
Asam keping
Cara
Bhn kisar dilumur pada ayam, masukkan asam keping, rempah, cili serbuk...gaul sebati dan tabur tepung beras...pastu goreng....very sempoi...hehehe
Sup Ayam
Ambik je kiub ayam, masukkan air....biarkan mendidih....tabur daun sup dan bwg goreng..sedia utk dihirup.....
Sos Cili
Cili kering yg telah diblend bersama bwg besar dan sedikit belacan....masukkan cuka/perahan limau kasturi....masukkan tepung jagung utk pekatkan sos....masak atas dapur....mendidih tutup api...sempoinyaaa....ehhehe
Labels:
Aneka Nasi
KELAS KEK COKLAT - 5/4/09
Kelas kek coklat ni diminta oleh mek kelate...Azlia dari Damansara....biasanya kelas kek maklang beri kebebasan pada pelajar utk mendeco sendiri ikut kreativiti masing2....wpun Azlia pestaim wat bunga ros tapi maklang tengok ada le jugak rupa bunga....heheh....nanti cuba le praktis kat umah...tengok kat youtube sbg panduan...insyaAllah pasti boleh.....tkasih ye sbb sudi belajar ngan maklang.
Labels:
Kelas
Friday, April 3, 2009
KELAS SROLL & TART - 4/4/09
Pelajar kali ni....Su dr. Port Dickson dan Rosina dari Tmn Batu Muda. Su datang dengan 4 beg ... 3 beg roda, 1 beg tangan...heheh tapi husband Su sporting betui..dan sib baik bb tecik 5 bulan tu tak meragam...bagusnyaaaa.....mesti dia tau mama dia nak belajar tu kan...hehehe...Citor punyo citor, Su ni satu kampung ngan maklang tau...Felda Pasir Bosar, Gomeh N9...ni yg dikatokan what a small world....tkasih lah yo sudi belajar ngan den....nanti kot2 terseghompak den khek kg tu togurlah yo..heheh
Labels:
Kelas
Subscribe to:
Posts (Atom)