PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Thursday, November 20, 2014

CC FOR WEDDING

12 PCS MARBLE VANILA CC - KAK LIZA DARI  FELCRA...TQVM

LAJAK LARIS - CREAMPUFF N CISTAT



TQ PD SEMUA CUSTOMER YG SAYA SAYANGI....PASNI ORDER LAGI YE..HEHEHE

ORDER




tkasih pada customer ni...lupa namanya memandangkan bila nak update blog pulak meragam...tak bleh nak login...huhuuu...harini npk cam ok, esok lusa mengong balik....aduiiiii sabor je leee....

Wednesday, November 12, 2014

KUIH NONA MANIS



Nampak renyah aje kuih ni tapi taklah  seperti yg disangkakan....bahan sempoi je sebenarnya dan mudah sgt nak buat, rasanya yg enak lemak manis, sekali cuba pasti nak lagi.

KUIH NONA MANIS
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
- Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus

Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis (nak mudah, guna pandan paste n campur dgn air 1/2 cwn)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple

Bahan C1 cawan santan pekat ~ campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan pun boleh
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.

MUFFIN


75 BIJI MUFFIN VANILA & CHOC  - AZWA, TQVM

ORDER

Choc cake for besday boy - Eana tqvm