PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Wednesday, July 8, 2009

SNOW ALMOND

Hari ni mklang 1/2 day....boleh le kat umah tempek menempek calon2 kukis yg telah bertanding thn lepas...kat luar sana mklang tau ada org duk intai2 cari resepi biskut raya nak wat sampelkan..jadi jgn takut utk cuba resepi yg telah maklang test power ni...pasti menjadik..insyaAllah...kalo tak jadik gak, tangan tu masa tecik tak bedung...hehehehe...
Snow Almond antara best seller.

Snow Almond
Sumber : Majalah SAJI

Bahan A
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (takder, mklang guna vanila je)
1/2 bj kuning telur

Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (mklang guna susu tepung jer)
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan

Cara-cara:-

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Nota maklang : adunan skit...jadi nak banyak doublekan aje..,adunan lembik so mklang tambah tepung skit demi skit sehingga dapat utk diterap..

5 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu reading your blog

secangkir madu merah said...

tima kasihlah maklang, taun ni boleh lah jual biskut ni pulaks..
semoga Allah saja yg dpt membalas budi baik maklang...

Jasmeen HomeDelight said...

promosi ari raya sdh bermula...
>>ppsstt..bg ler tips cmner nak wat biz utk raye nih...teman sllu KO la masa poser..x der tenaga..

Anonymous said...

mak lang, coklat masak tu, cair kan je eh? tak payah tambah ape2?

Anonymous said...

terima kasih maklang..
alhamdulillah..inilah biskut yang paling sedap penah sy buat..hehehe..
rangup dan lemak...