PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Tuesday, April 21, 2009

CINCUAN IKAN GORENG

Kalau nak cepat, masak aje style cenggini....sure tak sampai 1/2 jam pun...heheh...

Cincuan Ikan Goreng
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung saiz kecil
4 cm halia dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris halus
150 ml air diperah bersama
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula (tak letakpun)
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
Serbuk kunyit
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Panaskan minyak, goreng ikan kembung yang telah digaul garam kunyit sehingga masak. Angkat. Kurangkan minyak di dalam kuali, tumis halia dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula pasir, cili merah dan cili hijau. Kacau selama 1 minit kemudian masukkan ikan goreng tadi. Sajikan dengan nasi panas

2 comments:

hanieliza said...

Salam maklang..
sedap nyaaa...mmg senang banget ni...
macam ikan masak asam jer..rasa nak cuba laaa....

Snow Peace said...

Kalau tgh mls tahap gaban 1/2 jam pun wa mls mak lang...hahhahahahhaha