PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

KERISI GORENG BEREMPAH



Alaaaa...takkan goreng ikan pun nak tempek resepi maklang oiiiii....mungkin ada yg berkata camtukan...hehehehe.....Sebenarnya kalo goreng ikan sekadar kunyit dan garam aje sumer orang pun tau buat tapi nak cari kelainan tu kena rajin pegi bertandang ke umah blogger yang terer memasak spt Dayang Jack ni. Maklang tertarik nak try resepi goreng ikan ni sbb bila tengok gambar cam sedappppp jeee......rupa2nya indah kabar dan indah juga rupanya. Sedap uuuu kalo buat camni lebih2 lagi utk ikan kerisi...


KERISI GORENG BEREMPAH
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan cili serbuk
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari


Cara-cara :
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.

Wednesday, August 26, 2009

ACAR IKAN TENGGIRI


Bagi sesapa yang rajin tu, boleh le try acar ikan tenggiri style masakan mami ni....tak rugi mencuba kalau nak dptkan citarasa yg berlainan....tentu husband bertambah sayang lagi bila wife dia pandai mempelbagaikan masakan.
Acar Ikan Tenggiri
Sumber : Variasi Masakan Mami

Bahan
2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing.
2 biji bawang besar – dibelah 4
3 biji cili merah – dibelah
2 1½ cwn air
7 smkn minyak goreng ikan tadi
1 smkn gula
2 st cuka masak
½ st jintan manis }
½ st jintan putih } disangai & ditumbuk halus
2½ sm ketumbar }
Garam

Bahan Kisar :
10 cili kering
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
Kunyit hidup
Halia

Cara
Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati.
Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi.
Kemudian, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, cuka, gula dan garan…kacau rata hingga elok pekatnya…tutup api.

MENU MUDAH


Menu berbuka yang sempoi utk ibu2 yg bekerja..hehehe....bukan malas tau tapi nak cepat....sori ikan ni dah kena timbun ngan segala mak nenek aweh2...heheh...

Ikan Masak Cuka

Bahan
Ikan tenggiri/bawal - lumur ngan kunyit dan goreng...ketepikan.

Bhn hiris
Bwg putih
Halia
Carrot
Cili merah/hijau
Timun
Biji sawi
Cuka

Cara
Tumis bwg putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan ikan yg digoreng tadi.
Masukkan carrot, timun, cili merah dan biji sawi
Masukkan cuka..jgn letak banyak2 nanti masam....kacau biar sebati..kalau kering sangat campur jer ngan air skit...

ASAM PEDAS IKAN DAN NENAS

Tak tau nak masak apa utk berbuka...dont wori...buat yg tercepat aje...sedap dan berasap...hehehe

Asam Pedas Ikan dan Nenas
Sumber : mat gebu

Bahan
3 ekor ikan kembung atau selar besar
1/2 biji nenas madu yang masak ranum
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 cm hirisan lengkuas
1/2 cm hirisan halia
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya
Ikan disiang, cuci bersih dengan perahan jus lemon dan garam, toskan. Kalau ikan besar kerat dua. Nenas dibelah, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
Dalam periuk, panaskan kurang lebih 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Kemudian masukkan nenas dan kacau goreng hingga nenas sedikit lembut. Tuang air (kurang lebih 700ml) atau mengikut keperluan. Biar mendidih.
Masukkan ikan dan bila mendidih, yuang jus asam jawa dan garam dan sedikit gula. Masak 2 - 3 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat

Tuesday, April 21, 2009

CINCUAN IKAN GORENG

Kalau nak cepat, masak aje style cenggini....sure tak sampai 1/2 jam pun...heheh...

Cincuan Ikan Goreng
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung saiz kecil
4 cm halia dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris halus
150 ml air diperah bersama
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula (tak letakpun)
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
Serbuk kunyit
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Panaskan minyak, goreng ikan kembung yang telah digaul garam kunyit sehingga masak. Angkat. Kurangkan minyak di dalam kuali, tumis halia dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula pasir, cili merah dan cili hijau. Kacau selama 1 minit kemudian masukkan ikan goreng tadi. Sajikan dengan nasi panas

Tuesday, April 7, 2009

IKAN GORENG CILI


Kalo malas maklang suka goreng yg sempoi cenggini...ikan dipenuhi dengan bwg dan cili padi....memang menyelerakan....kalo dibiarkan togel aje tak laku, jadi wat camni...sedap.

Ikan Goreng Bercili
Sumber : diana

Bahan-bahannya
6 ekor ikan bawal putih, dibersihkan (maklang guna ikan tenggiri)
2 biji bawang besar, dipotong dadu
12 biji cili padi
1 sudu makan kicap
serbuk kunyit secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Ikan digaul bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili padi, gaul rata sehingga ia setengah layu dan masukkan kicap. Gaul rata dan kemudian tuang diatas ikan sewaktu menghidang.

Tuesday, January 13, 2009

KARI KEPALA IKAN


Kari Kepala Ikan (Indian Style)
Sumber: niceghost

Bahan-bahannya
1.5 kg kepala ikan
50 gm asam jawa di bancuh dgn
3 cawan air
3 sudu makan serbuk cili
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 tin susu cair
5 biji bendi
2 biji tomato
Minyak masak & garam

Bahan A
2 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
Sedikit daun kari Kulit kayu manis & bunga lawang

Bahan B
4 ulas bawang putih di mayang
3 ulas bawang merah di mayang
5 sm halia
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk lada hitam di bancuh dgn 2 sudu makan air panas
150 gm kelapa parut (putih sahaja. Di goreng sekejap dan di tumbuk kasar)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak masak dlm kuali. Tumiskan bahan (A)
2. Masukkan bahan (B), serbukkunyit, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari n serbuk cili. 3. Tuangkan air asam jawa dan di kacau rata. Apabila mendidih, masukkan kepala ikan, bendi, tomato dan garam. Kecilkan api dan masak lagi selama 10 minit.

**maklang tambah lagi kari ikan