PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Monday, April 27, 2009

MIXED FRUIT BUN


Boleh guna mana2 resepi asas roti pastu pepandai le tabur ngan mixed fruit...sempoi aje wat roti nih...
Resepi Asas Roti
Sumber: Roshayati Johari
Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour (mklang tibai je tepung gandum)
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional) (mklang tak letak pun)
4 sudu teh yis kering

Gaul bahan di atas sebati
Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C
40g butter
40g shortening

Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit

4 comments:

kucingorengemok said...

bila tah org nak hadiahkan saya bread-maker.. selagi takde tu, saya tobat tak nak buat roti, hehe. nanti tangan lenguh! (mengada, ek!)

MamaFaMi said...

Fuyooo gebus bedebus roti Mak Lang! Bilanya singsing lengan menguli roti ni?

Snow Peace said...

Gebussss sungguhhhh..:)

My Kids Stories said...

salam ziarah...banyaknya resepi kat sini