PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

PIZZA ROTI NAN



jemput makan pizza tarikkk.....ank mklang kata, 'mak, dah bleh bukak kedai pizza heheh...4 roti nan selebar pinggan abih licin...


Kdg2 ank maklang nak makan pizza, maklang kata takyah beli, nanti mak buat jee...bleh letak topping n cis banyak2...yg jual kat pasar malam ciput betui dan tak kick langsung manakala yg kat pizzahut mahal sgt, baik beli je cis sebuku pastu godak pizza sendiri aje...lagi jimatkan!

Pizza Roti Nan



Base:

Roti nan (beli kat giant)



Topping Pizza:

Daging cincang

1 botol sos spagetti(mushroom@traditional) Kimball

Black pepper powder

Oregano

Bwg besar }cincang

Bwg putih }

Sedikit kiub ayam

Lada benggala

Garam



Cara

Tumis bwg besar + putih = wangi

Masukkan daging dan biarkan masak

Curahkan sos spagetti

Masukkan oregano, kiub ayam, black peper dan garam sesedap rasa..masukkan sedikit air jika perlu.

Bila dah masak tutup api dan toppingkan atas roti nan tadi, taburkan lada benggala,nenas dan cis dsbnya ikut suka.

Bakar hingga cis cair skit....






Friday, November 19, 2010

JOM KITA MENEBAR...

... dah siap potong, cicah ngan kuah kari

Pagi ni lepas subuh ngan tak sabar2nya misi menebar pun bermula....bila ditekan tepung tu aduyaiii..lembut senang pulak ditarik2 tanpa koyak....biasanya mklang wat roti canai koyak rabak tp hok ni cam mudah lak...disbbkan lembut tu, kita pun tebar le ...mak aiii susah lak nak tebar terbalik2 cam kat kedai tu tp tak pe kita just tarik ikut lebar talam jeww...jadi le kan...janji npk kenipisan roti tu..hehehe....dah siap bakar taraaaaaaaaa......misi berjaya kali ni...komen abi bleh wat lagik....sampai hero tecik mklang kata abah beli roti ni bukan mak buat...sabor je lee..hehehehe....
Mklang wat 1/2 adunan dr resepi dibawah... dpt 6 keping roti..
ROTI CANAI SEMPOI
Sumber : Joayee my resepi
Bhn
550g tepung gandum
250g air
1 biji telur
3sb susu pekat
1st garam
1st majerin
1-2sb tpg gandum jika terlembik semasa menguli (mklang tak letak pun sbb adunan tu dah ok)
Cara
Masukkan air,telur,susu pekat, garam dan majerin dlm satu bekas = kacau
Masukkan bancuhan tadi dlm tepung
Uli hingga jadi doh
Rehatkan 10'
Uli lagi 5;, rehatkan dan ulangi proses ini sebyk 3x
Bentukkan bulat2 dan sapu majerin dan perapkan.
TIP : terlebih uli doh akan kenyal dan susah nak tebar dan dah masak roti kenyal..tu sbb proses uli rest diulang 3x
tak abih boleh simpan dlm peti ais selama 2 hari.
Cara Buat Telur style MIL maklang senang jewww....
Telur -
Bwg
Cili merah/hijau
Goreng hancur semua telur ni ..lembik2 skit pun takpe....pastu letakkan aje dlm roti canai pastu lipat dan angkat letak dlm kuali leper...pastu bakor lee...

Monday, April 27, 2009

MIXED FRUIT BUN


Boleh guna mana2 resepi asas roti pastu pepandai le tabur ngan mixed fruit...sempoi aje wat roti nih...
Resepi Asas Roti
Sumber: Roshayati Johari
Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour (mklang tibai je tepung gandum)
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional) (mklang tak letak pun)
4 sudu teh yis kering

Gaul bahan di atas sebati
Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C
40g butter
40g shortening

Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit