PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts
Showing posts with label Aneka Puding. Show all posts
Wednesday, May 14, 2014
PUDING MARBLE
PUDING MARBLE
SUMBER : Kak Hanieliza
Bahan
10g serbuk agar2 (1 paket)
4 cwn air
2 cwn gula halus (saya masukkan 1 cwn gula kasar + 1 cwn gula halus)
1 cwn susu cair
1 cwn tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko }bancuh
1 sudu makan air suam }
Cara
Mskkan serbuk agar2 + gula + air kedalam periuk dan masak hingga mendidih
Bancuhkan susu cair + tepung kastad dan tapiskan
Masuk bancuhan kastad dlm adunan dan kacau hingga pekat
Bahagi 2 adunan, 1 adunan plain dan 1 lagi masukkan bancuhan serbuk koko
Masukkan ke dalam acuan adunan coklat, lepas tu plain dan seterusnya hingga selesai
Sejukkan dan bolehlah dihidang
Labels:
Aneka Puding
Tuesday, March 18, 2014
MILKY PEACH PUDING
Resepi puding peach ni diminta oleh Kam, kawan cyber akak yang dah lama tak jumpa. Pernah jumpa sekali dulu di Kuantan kebetulan ada kursus disana maka sempatlah kami berdating wpun kejap. Resepi ni akak ambik kat blog Ct Delima...tq CT.
Milky Peach Pudding (Puding Pic Bersusu)
Sumber : CT delima
Bahan-bahan :
1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
500 ml air
500 ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir (boleh tambah jika kurang manis)
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti seju
Labels:
Aneka Puding
Tuesday, August 7, 2012
ORDER
Bforest in cup diorder Husna...mula2 order 10 cups je pastu esoknya nak lagi 10 cups..dan terus nak join class...hehhehe...tu la...sekali makan mesti nak lagi....
50 pcs cistat diorder oleh Balqis...tqvm.
Labels:
Aneka Puding
Sunday, June 24, 2012
BLACKFOREST IN CUP
Taraaaaaaa....ni dia blackforest in cup....rasanya memang enak dan yummy sekali ...susah nak explain betapa sedapnya dessert ni...makan 1 cup, nak lagi..dan lagi..dan lagi......kalah dessert kat hotel..muahahahha...
Labels:
Aneka Puding
Monday, August 8, 2011
PUDING BALQIS
PUDING BALQIS
Sumber : kak nor secubit garam
Bhn
1 paket agar2 serbuk (10g)
450ml air
150ml susu cair
2 bj telur
5sb gula (next time maklang kena tambah gula lagi sbb kurang manis)
3sb majerin
1st vanila
pewarna ikut suka
Cara
Masakkan air+gula+serbuk agar2 hingga mendidih
Masukkan majerin + susu cair dan masak lagi hingga mendidih
Masukkan vanila dan kacau sebati
Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga betul2 kembang dan masukkan kedalam adunan agar2 tadi.
Bahagi kpd 2 bhg. ikut warna yg disukai
Sendukkan selapis demi selapis hingga adunan habis.
Sejukkan dlm fridge.
Labels:
Aneka Puding
Monday, October 25, 2010
PUDING BUAH DAN ROTI

Jangan setakat tengok dan telan air liur je....cubalah dulu baru tau...yang penting tiada paksaan dlm resepi...nak modipai tang mana dan ikut mana pun terserah.....tepuk dada tanya tekak sendiri ye....hehe. Resepi ni thn 2008...dah jangkau 2 thn lebih..saje tempek semula kat sini utk insan kat luar sana tu...ehem..ehemmmm....
PUDING BUAH DAN ROTI
Sumber : Saji
Bhn
8 keping roti (buang kulit tepi)
80g butter
50g kismis
100g buah pic (mklang letak buah koktel)
50g gula castor (manis sukat sendiri)
1 biji telur
3 cwn susu cair
Cara
Roti potong 3 segi kecil
Susun roti dlm bekas
Tabur kismis, buah koktel dan separuh gula
Lebihan roti disapu butter depan dan belakang roti dan susun, taburkan gula
Pukul telur + susu cair dan tuang dlm bekas...rehatkan kejap bior kembang <>1/2 jam
Bakar 30' suhu 180C ikut oven masing2.
Sos kastad
Sumber : Kak liza
1 tin susu cair
2sb tepung kastad
2sb gula
Cara
Masukkan dlm periuk dan masakkan dgn api sederhana sehingga mendidih...dah npk pekat tutup api.
Labels:
Aneka Puding
PUDING FRUIT KOKTEL

Bagi org yg mencari menu puding....duk selak page by page....nahhhh ambik nih....bhn tak byk, sodap pun sodap...juga gambo lama ye...
PUDING FRUIT COCKTAIL
Sumber : Baya
Bhn utk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit koktel
1/2 cwn air
4sb gula (manis ikut suka)
vanila
1st tpg kastad larutkan dlm air (option)
Cara
Campur semua bhn dan masak atas api perlahan.
Masuk dlm fridge...dah sejuk msk dlm mulut..hehe
Labels:
Aneka Puding
RAINBOW MARBLE PUDING


Bagi yg bertanya nakkan resepi rainbow puding ni silakan...Sebenarnya kat mana2 blog dah ramai yg buat. Resepi ni resepi dah lama, masa mklang mula2 ceburkan diri dlm dunia baking sekitar thn 2004 lagi jadinya gambar ni pun gambo lama, tak pro snap picture lagi...
RAINBOW MARBLE PUDING
Sumber : Blackmore
Bhn
1 bungkus serbuk agar2 (13g)
675ml air
225g gula pasir
65g mentega/majerin
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1sb tepung kastad
1sb serbuk koko (campur skit air)
vanila esen
pewarna merah/kuning/hijau ikut suka
Cara
Masak agar2 + air + gula = mendidih...ketepikan
Pukul telur, mskkan susu dan tepung kastad dlm adunan....kacau....tapis
Setelah tapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau sebati dan masak semula hingga adunan mendidih.
Masukkan mentega dan vanila dlm adunan dan kacau.
Bahagikan adunan pada 3 buah mangkuk, mskkan koko yg dicampur air tadi ke dlm salah satu adunan dan kacau. Lagi 2 mangkuk tu kaler ikut suka.
Guna loyang 9x9x3, sengetkan loyang dengan menyangga salah satu hujung loyang tu..tuang satu senduk setiap kaler dan ulang hingga adunan habis.
Letakkan kembali loyang pd kedudukan asal msk dlm fridge.
Labels:
Aneka Puding
Saturday, August 21, 2010
PUDING CENDOL
Puding ni mklang buat separuh hantar surau, separuh kasi mak dan separuh kat umah maklang sendiri.Tekak ni terasa nak makan puding cendol...buatnya tak susah ye...tibai je mana yg perlu...yg penting kena berani menibai..hehe
Puding cendol ni sedap, lemak manis tapi nxt time kena reducekan gula merah tu coz a bit sweet for me...dan boleh bawak majlis puding ni tau..tak caya cuba le buat...Tqvm to Ogy atas resepi yg mabeles ni.
PUDING CENDOL
sumber : ogy myresepi.
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat (mklang guna santan kotak je)
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah (nxt time mklang kurangkan ke 180g)
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur (mklang tak asingkan kuning, tibai je sebiji)
sedikit garam
Cara-cara
1.Bagi Lapisan Bawah
2.Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3.Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4.Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5.Bagi Lapisan Atas
6.Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8.Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips 1: Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan. (mklang cakarkan aje ngan garfu)
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan. nx
Labels:
Aneka Puding
Monday, April 13, 2009
TAPAI
Tapai Pulut
Sumber : speed (FnR)
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut
2 cawan air
¼ biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4
Cara
Step 1 - pulut dibasuh...campurkan air.... kemudian dikukus selama 15' (takyah rendam2, kukus terus)
Step 2 - gemburkan pulut biar sekata masaknya...dan kukus lagi 10'
Step 3 - sejukkan pulut dalam bekas besar...make sure jangan terkena sedikit pun air sbb nanti tapai jadi merah...(pembetulan) kena air pun takper...bab tapai jadi merah ni takder kena mengena dgn bulan mengambang ke, bendera jepun ke... apa ke, kalau pulut suam2 dah tabur ragi, jawabnya tapai jadi merah.... :-D
Step 4 - biar pulut betui2 sejuk dulu baru parutkan ragi tadi dengan menggunakan penapis...parut ragi keseluruhan pulut tadi..balik2kan pulut tu dengan sudip/sudu biar terkena yg sebelah bawah pulak.
Step 5 - simpan pulut dalam bekas bertutup dan bungkus ngan kain...ambik ajelah apa2 kain...napkin pun boleh...pastu simpan dalam gobok.
Biarkan proses pengeraman berlaku selama 3 hari. Kalau malam ni buat, lusa dah boleh makan dah.
Nota :-D : Jangan tangan tu gatai nak bukak tapai sebelum tempoh pantang tamat..hehehe...
Labels:
Aneka Puding
Thursday, February 26, 2009
AIS KRIM GORENG
Photo atas - yg dibelah 2
Photo bawah - yg disiap digoreng
Dari dulu nak try buat eksrim goreng....tapi bila dah ada eksrim, tak buat pun.....tak sampai berapa hari dah licin hehehe....tapi kali ni bertekad nak buat jugak akhirnya sukses... sukse...hehehe......rasanya sedap kalau diselimut ngan cornflakes n almond...cubalah.
AIS KRIM GORENG
sumber : yani
Bahan:
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
Cara
Scoop aiskrim
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola.
Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts .
Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer.
Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
Panaskan minyak.
Panaskan minyak.
Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
Angkat dan bolehlah terus makan.
Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.
Nota maklang : maklang buat camni.....lepas scoop eksrim dan digolek ngan cornflakes, maklang biarkan overnight pastu keesokan harinya baru golek dlm telur dan golek lagi sekali ngan cornflakes dan almond pastu terus goreng...kejap je terus angkat.....jadi kena goreng sebiji2 ye....
gud luck!
Labels:
Aneka Puding
Tuesday, February 10, 2009
TIRAMISU

Tiramisu Simple
Sumber : cikgu sue
Bahan
250g krim cheese
250g whipping cream
100g gula
1st vanila
1-2sb coco powder/coffee powder
choc. swissroll
coco powder for dusting
Cara
Pukul krim cheese + 50g gula hingga gebu....ketepikan.
Pukul whipping cream + 50g gula hingga gebu.
Campurkan kedua2 adunan chis dan whip cream dan gaul dengan senduk aje...masukkan vanila dan coco powder....gaul sebati until combine.
Penyediaan
Potong sroll dan susun dlm bekas Ayak coco powder sedikit atas sroll.
Letakkan adunan cheese tadi...ratakan.
Ulang dengan sroll, coco dan cheese sehingga habis Simpan dlm fridge overnight.
Labels:
Aneka Puding
Wednesday, January 14, 2009
TRIFFLE

Trifle
Bahan-bahan
1 bungkus kek butter/kek marble - ikut suka
1 kotak jelly kristal Nona
1 tin fruit cocktail
3-4 sudu besar tepung kastard - kepekatan ikut citarasa sendiri
3 sudu besar gula - ikut tekak sendiri
3 cawan susu susu cair (tak cukup tambah je guna lebihan air koktel)
3 cawan susu susu cair (tak cukup tambah je guna lebihan air koktel)
Cara Memasak
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Labels:
Aneka Puding
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


/>
>