PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Thursday, February 26, 2009

AIS KRIM GORENG



Photo atas - yg dibelah 2
Photo bawah - yg disiap digoreng

Dari dulu nak try buat eksrim goreng....tapi bila dah ada eksrim, tak buat pun.....tak sampai berapa hari dah licin hehehe....tapi kali ni bertekad nak buat jugak akhirnya sukses... sukse...hehehe......rasanya sedap kalau diselimut ngan cornflakes n almond...cubalah.

AIS KRIM GORENG
sumber : yani

Bahan:
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

Cara
Scoop aiskrim
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola.
Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts .
Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer.
Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
Panaskan minyak.
Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
Angkat dan bolehlah terus makan.
Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.
Nota maklang : maklang buat camni.....lepas scoop eksrim dan digolek ngan cornflakes, maklang biarkan overnight pastu keesokan harinya baru golek dlm telur dan golek lagi sekali ngan cornflakes dan almond pastu terus goreng...kejap je terus angkat.....jadi kena goreng sebiji2 ye....
gud luck!






2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

menarik nih maklang...

maklang azie said...

aishah : cubalah..sedap tau...