PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Monday, August 31, 2009

KERABU PUCUK PAKU


Kerabu Pucuk Paku
Original recipe : kakliza,Modified by : maklang

Pucuk paku 1 ikat
Taugeh segengam
Bawang besar – potong bulat
Kerisik

Bhn kisar
Cili merah
Cili padi
Belacan
Air asam jawa
Jus limau
Lada hitam – ditumbuk kasar
Tauhu – digoreng dan dipotong
Garam dan gula

Cara
Gaul kesemua bahan tersebut dan hidangkan.

LAST KOPEK ORDER


Last kopek order 50 pcs fruit tat dan 50 pcs cistat ni order oleh Zamruddah.....jangan lupa ambik order ni kat opis ye.....tak ambik kita sedekah aje orang kat sini..hehehe

Untuk makluman, segala order mak nenek tat akan dihentikan wat sementara bermula hari ini....maklang nak wat projek kukis lak...asik gentel tat shell aje bila pulak daku nak wat biskut raya...hehehehe......

ORDER

25 pcs fruit tat dan 25 pcs cistat ni lak order oleh Di dari Tmn Selasih...belakang ni aje....tkasih ye sudi order.

ORDER


100 pcs fruit tat dan 25 pcs coco tat ni order oleh Lin dari Putrajaya...sanggup tu datang dari jauh dlm keadaan tengah fenin2...mesti bb dlm peyut teringin nak makan coco tat eh....ehehhe..macih ye lin sudi order ngan maklang...

Friday, August 28, 2009

REPEAT ORDER

Repeat order dari Tini....50pcs cistat akan dibawa balik ke kg....jauh cistat maklang berjalan eh...hehehe
Repeat order lagi dari Linz....brownies Ben10 utk nephew....macih linz sudi order lagi ngan kita....

Thursday, August 27, 2009

AYAM MASAK REMPAH


Ni resepi mak maklang...cubalah

Ayam Masak Rempah
Sumber : Mak

Bahan Ayam } digoreng separuh masak supaya isi ayam tak hancur

Bahan Kisar
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Jintan halus } disangai dan diblend
Jintan kasar }
Kari daging
Serai – titik
Daun kunyit – dicarik2
Kicap kipas udang
Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga)
Asam keping
Air asam jawa

Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan jintan2 tadi dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan kari daging rempah 4 sekawan dan beberapa titik kicap…biarkan seketika sehingga masak…masukkan skit air asam jawa dan campakkan serai, daun kunyi

AYAM MASAK SERAI

Ayam msk serai ni sedap dimakan dengan nasi putih panas2....gaul sekali ngan serai2 tu ngan nasi....fuhhhh....bertambah makan wehhh...tak caya cubalah sendiri...heheh...senang aje buatnya..bhn pun simple.

Ayam Masak Serai
Sumber : maklang lina

Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibunag biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.
Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Nota * sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

SLURRRRPPPP....

Hujan2 gini berbuka dengan stew ayam memang sedap...mau bertambah2 makan.

Stew Ayam
Bahan
Ayam - ptg kecik2
Tepung gandum atau tepung jagung
Bwg besar - hiris
Lada hitam - tumbuk
Daun sup/bwg
Bwg goreng
Kiub ayam
Tomato
Carrot
Kentang
Mushroom
Cara
Panaskan skit minyak...tumis bwg besar hingga naik wangi.
Masukkan bancuhan tepung tadi...kacau..masukkan air ikut suka.
Masukkan carrot dan mushroom dan kiub ayam
Masukkan lada hitam dan akhir sekali tomato
Dah masak, boleh hias ngan daun sup dan bwg goreng Nota - stew dia tak cair spt sup..jadi kalo nampak cair masukkan skit lagi tepung jagung

ORDER


Repeat order dari Nurul....nak bwk balik kg pagi ni katanya....harap Nurul n family selamat dlm perjalanan ye. Nampaknya cc mklang tu jalan jauh sampai ke JB....selamat jalan cc...hehehe...
Order akan dihentikan bermula minggu depan sbb maklang nak wat cookies raya lak ye....

Wednesday, August 26, 2009

KERANG BERAPI



Dah lama tak buat kerang berapi.....nanti nak buat lah....baru le kick bila makan...kalau nak senang, kopek dulu kerang b4 masak sbb kalo tak dikopek, kerang tu jadi licin, susah nak bukak.



Kerang Berapi

Sumber : Jiejie



Bahan

1 kilo kerang

5 ulas bawang merah> diblend

4 ulas bawang putih> diblend

1 labu bawang besar> diblend

7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)

3 tangkai cili merah> diblend

8 biji cili api > diblend

3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus

3 helai daun kunyit > diracik halus

1 biji telur > dipukul hingga hancur

1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah

sedikit sos tiram pedas/biasa

sedikit air garam

secukup rasa gula

secukup rasa. minyak untuk menggoreng.



Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.

2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing

3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi

4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak

5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau

6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi

7. Masukkan tepung jagung dan kacau 8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak

AYAM OAT BEREMPAH

Ni versi ayam goreng sempoi lagi berkhasiat......hehehehe....anak2 maklang suka ni tau, dia ingat KFC...
Ayam Oat Berempah
Bahan
Ayam Oat (dikisar kasar, takmo kisar pun takper)
Jintan manis
Jintan kasar
Kari daging
Garam
Telur-dipukul

Cara
Gaul kesemua bahan diatas kecuali telur dan ayam. Mula2 ayam dicelup kedalam telur dan golek2kan ayam tadi bersama oat sehingga rata. Goreng dengan minyak yang panas dengan api sederhana.

MENU AYAM LAK...


Ayam Kicap Pedas
Sumber : Chef Wan

Bahan-Bahan
10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu
6 batang cili kering }
8 biji bawang merah }
3 ulas bawang putih } digoreng dan dikisar
1 cm halia }
1 cm lengkuas }
1 sudu teh kunyit serbok
1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - dipotong 2cm panjang (maklang ganti ngan carrot)
2 biji buah tomato - dibelah empat
2 tangkai daun bawang - dihiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama kunyit serbuk.
2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata.
3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas. tomato, gula dan garam. 4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang.

ACAR IKAN TENGGIRI


Bagi sesapa yang rajin tu, boleh le try acar ikan tenggiri style masakan mami ni....tak rugi mencuba kalau nak dptkan citarasa yg berlainan....tentu husband bertambah sayang lagi bila wife dia pandai mempelbagaikan masakan.
Acar Ikan Tenggiri
Sumber : Variasi Masakan Mami

Bahan
2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing.
2 biji bawang besar – dibelah 4
3 biji cili merah – dibelah
2 1½ cwn air
7 smkn minyak goreng ikan tadi
1 smkn gula
2 st cuka masak
½ st jintan manis }
½ st jintan putih } disangai & ditumbuk halus
2½ sm ketumbar }
Garam

Bahan Kisar :
10 cili kering
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
Kunyit hidup
Halia

Cara
Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati.
Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi.
Kemudian, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, cuka, gula dan garan…kacau rata hingga elok pekatnya…tutup api.

MENU MUDAH


Menu berbuka yang sempoi utk ibu2 yg bekerja..hehehe....bukan malas tau tapi nak cepat....sori ikan ni dah kena timbun ngan segala mak nenek aweh2...heheh...

Ikan Masak Cuka

Bahan
Ikan tenggiri/bawal - lumur ngan kunyit dan goreng...ketepikan.

Bhn hiris
Bwg putih
Halia
Carrot
Cili merah/hijau
Timun
Biji sawi
Cuka

Cara
Tumis bwg putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan ikan yg digoreng tadi.
Masukkan carrot, timun, cili merah dan biji sawi
Masukkan cuka..jgn letak banyak2 nanti masam....kacau biar sebati..kalau kering sangat campur jer ngan air skit...

ASAM PEDAS IKAN DAN NENAS

Tak tau nak masak apa utk berbuka...dont wori...buat yg tercepat aje...sedap dan berasap...hehehe

Asam Pedas Ikan dan Nenas
Sumber : mat gebu

Bahan
3 ekor ikan kembung atau selar besar
1/2 biji nenas madu yang masak ranum
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 cm hirisan lengkuas
1/2 cm hirisan halia
1 cm kunyit hidup
1 cm belacan
1/2 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya
Ikan disiang, cuci bersih dengan perahan jus lemon dan garam, toskan. Kalau ikan besar kerat dua. Nenas dibelah, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
Dalam periuk, panaskan kurang lebih 1/4 cawan minyak dan tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Kemudian masukkan nenas dan kacau goreng hingga nenas sedikit lembut. Tuang air (kurang lebih 700ml) atau mengikut keperluan. Biar mendidih.
Masukkan ikan dan bila mendidih, yuang jus asam jawa dan garam dan sedikit gula. Masak 2 - 3 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.....MOHON AMPUN DAN MAAF JIKA MKLANG ADA MELAKUKAN KESALAHAN YG SENGAJA MAUPUN TAK SENGAJA....

Thursday, August 20, 2009

ORDER


Hok ni pun repeat order dari Tini...50 pcs coco tat dan 25 cistat. Jangan lupa esok petang ambik order ni ye di rumah maklang.....wat masa ni tengok gambo dulu, esok baru boleh makan...eheheh

ORDER



Repeat order from Nurul dari Selayang. Nurul mintak buatkan 100 pcs fruit tat, 25 cc disney princess dan 25 cc transformer tapi takde gambo transformer ganti ngan Ben10 ye...harap anak tu tak kisah. Tkasih kerana sudi order lagik ...

Wednesday, August 19, 2009

ALMOND LONDON


Cookies ni cookies 2 thn sudah....bukan sampel...dah tak wat sampel lagi dah...org dah nak poser...tutup buku..hehehe...malas sebenornya....

Almond London
Sumber : mat gebu

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap.
Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut.
Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

Monday, August 17, 2009

DOUBLE CHOC.CHIP ALMOND


Ingin pelbagaikan cchip anda....cuba resepi ini yg menjadi best seller si pengirim resepi.

Double Chocolate Chip & Walnut/Almond
Source : sherina Rnet

Bhn
A
350 gm Butter
250 gm Brown Sugar

B
1 egg
30 gm Chocolate Emulco
Vanila Esesence

C
100 gm Oat
400 gm AP Flour (All Purpose Flour = tepung gandum)
1 tsp Baking Soda

D
150 gm walnut (mklang guna almond)
200 gm Chocolate Chip

Method
Cream A.
Add B
Sift C and add into A & B.
Lastly, add D.
**adunan ini lembik tapi takpe..guna sudu kecik utk scoop...

NOTE : RM20 - 50 pcs

BISKUT SUJI SALJU


Secantik dan sesalju namanya begitu jugalah rasanya....dengan kisaran cornflakes halus membuatkan biskut ini terasa enak dimakan....baik punya promote ni..heheheh...salah satu lagi sampel kukis raya maklang....

SUJI SALJU
sumber : kak ita

A.
150g minyak sapi
100g butter
100g gula castor
1st esen vanila
1 biji kuning telur

B.
100g cornflakes - kisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji
280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap

HIASAN: 150g tepung susu (mklang guna susu eveready, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)
50g gula icing

Cara
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.
3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)
4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing
NOTA : RM 22/- 50 pcs...cepat order sebelum terlambat.....tarikh tutup 31 Ogos 2009

ORDER




25 cistat n 25 coco tat ordered by Tini dari Damansara....macih ye.

Friday, August 14, 2009

ORDER

Repeat order 50 pcs fruit tat by cikgu Ana...macih cikgu sbb byk kali order dah nih....boleh dpt title Cust.Fruit Tat...eheheheh

Wednesday, August 12, 2009

BISKUT SHORTBREAD


Maklang ingat maklang dah tempek resepi ni kat sini ...rupa2nya belum lagi eh....ni permintaan salah sorang visitor kat sini nakkan resepinya. Maklang kasi 2 resepi base yg berbeza utk dicuba. 1 resepi base menggunakan badam serbuk dan 1 lagi menggunakan cornflakes. Jadi, terpulang kepada anda utk buat pilihan resepi base mana yg anda sukai...tepuk dada tanya selera...


RESEPI 1

BISKUT SHORTBREAD
Sumber : Rnet

Bahan (utk base biskut)
120g tepung gandum
50g gula kastor
40g serbuk badam
100g butter
45g susu tepung

Cara
1. Alas loyang cutter dengan kertas kuih
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan dan cucuk ngan garfu base tersebut.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
200g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat) + sedikit shortening
100g coklat orange/putih/strawberry

Cara
1. Cairkan coklat masak + shortening, kemudian tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong kek ke dlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.


RESEPI 2

CORNFLAKES SHORTBREAD
sumber : rinchan

BAHAN-BAHAN :
250gm butter
70gm gula caster
250gm tepung gandum
3sb tepung ubi
1sb tepung jagung
50gm cornflake, dikisar halus
30gm badam kisar

Cara
1. Lengser tray dengan majerin
2. Pukul butter + gula hingga kembang.
3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam + cornflake kisar.
4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga menjadi doh, tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung.
5. Tekan dalam loyang hingga padat dan bakar...dah masak keluarkan cutter.

Sunday, August 9, 2009

ORDER



50 pcs fancy cookies, 1 tray choc. brownies & 1 tray marble cheese brownies ni ordered by Lin dari Sri Gombak, dekat sini aje..utk anak sedaranya Adam. Tkasih Lin sbb sudi order ngan saya. Harap ianya memenuhi citarasa.

Saturday, August 8, 2009

ORDER

50 pcs cistat ni ordered by Tini dari Ampang. Tkasih Tini jauh2 turn batukep ambik cistat ye..hehe...

Wednesday, August 5, 2009

BISKUT MYVI SE

Camner biskut ni dpt nama biskut My Vi idak le mklang tau.......pasni sure kuar biskut ixora lak....hehehe

BISKUT MY VI SE

Bahan
140g butter
80g gula castor
180g tepung gandum
30g tepung jagung
50g bread crumb putih (kisar)
30g kacang tanah serbuk
10g croquant

Hiasan : kuning telur, choc. rice

Cara :

Pukul butter + gula = sebati
Masukkan bhn2 kering yg lain.
Terap dan baker.

Tuesday, August 4, 2009

BISKUT DENMARK

Atas permintaan salah sorang pengunjung blog yg nakkan resepi biskut denmark so ni dia taraaaaa......

BISKUT DENMARK
Sumber : Rnet

Bahan-Bahan
2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
1½ cawan butter
3 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Icing:
2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas.

(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk)

Cara
Adunkan butter + gula hingga berkrim ·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati ·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati ·
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut ·
Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.
. bakar dan sejukkan.
- celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

SELAMAT MENCUBA
NOTA : RM20 - 50 pcs

ORDER

340 pcs Gingerman ni ordered by cikgu Amnah dari SBPI Gombak....pestime wat gingerman bersize L, tak sempat nak letak royal icing sbb masa yg terhad, memang penat le sbb acuannya gedabak....nak dptkan 340 pcs pun punya le siksaaa...heheheh...cobaaannnnnnnn......

Monday, August 3, 2009

CROQUANT CORN COOKIES

Tak lama lagi Ramadan menjelma...mesti sekarang ni org sibuk wat sampel biskut so maklang nak share bersama resepi cookies yang sedap kat tekak maklang, tekak anda maklang tak tau ye...hehe...nak tau sedap ke tak, buat sendiri....malas buat, ambik hp dial aje 019-3720502....ekekekek...
CROQUANT CORN COOKIES
Sumber : magnolia

Bahan :
200gm butter
1/2 cwn gula castor
1 kuning telur
50gm shortening
250gm tepung gandum
70gm tepung jagung
1/2 cwn serbuk badam
1/2 cwn croquant
1 cwn nestum (blend kasik halus sket)
1/2 sdt baking powder
esen vanilla

Cara :
Creamkan butter + shortening + sugar..Masuk telur + esen.Masukkan bhn keringUli sebati dan terapHiasan : sapu kuning telor n tabur ngan croquant..atau hias je ngan hirisan ceri merah.
Bakar ..suhu 180 c..ikut oven masing2.

AL-FATIHAH

(kelihatan arwah tengah melayan cust.- photo 2008)

Masih ingatkan anda satu ketika dulu di dlm fotopages, maklang pernah siarkan gambar abang ipar maklang yg biznes gelamai di Kg. Gunung Panjang, Gopeng..

Dimaklumkan bahawa abang ipar maklang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2009 (Rabu)) yang lalu.. Pemergian beliau memang mengejutkan kami sekeluarga dan banyak pihak tapi Allah lebih sayangkannya…Beliau pergi selepas sebulan lebih anak bongsunya menyahut panggilan Ilahi pada (11/6/09). Beliau telah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Mari kita sama2 sedekahkan Al-fatihah, moga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan bertakwa….Alfatihah…..