PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Wednesday, August 26, 2009

KERANG BERAPI



Dah lama tak buat kerang berapi.....nanti nak buat lah....baru le kick bila makan...kalau nak senang, kopek dulu kerang b4 masak sbb kalo tak dikopek, kerang tu jadi licin, susah nak bukak.



Kerang Berapi

Sumber : Jiejie



Bahan

1 kilo kerang

5 ulas bawang merah> diblend

4 ulas bawang putih> diblend

1 labu bawang besar> diblend

7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)

3 tangkai cili merah> diblend

8 biji cili api > diblend

3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus

3 helai daun kunyit > diracik halus

1 biji telur > dipukul hingga hancur

1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah

sedikit sos tiram pedas/biasa

sedikit air garam

secukup rasa gula

secukup rasa. minyak untuk menggoreng.



Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.

2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing

3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi

4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak

5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau

6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi

7. Masukkan tepung jagung dan kacau 8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak

3 comments:

bintangku said...

Lar... nie namanya kerang berapi ker? Ms ngandung dulu, t'ingin nak mkn kerang yg goreng cili skali ngan kulit2 camnie. Tp haram jumpa kat mana2. Isk... isk... bb dah kuar dah pun... tp teringin lg.

Jasmeen said...

elok gak msk utk sahur nih....ala...si bapak suka...si anak plak x mkn kerang nih...ssh tul la...

maklang azie said...

bintangku : mklang pun tak tau namanya kerang berapi sehingga jumpa resepi ni kat fp jiejie...takpe,pasni boleh le try yerk

jasmeen : kita sorang aje makan tau sbb diarang bukan mkn kerang pun...