PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Thursday, August 27, 2009

AYAM MASAK SERAI

Ayam msk serai ni sedap dimakan dengan nasi putih panas2....gaul sekali ngan serai2 tu ngan nasi....fuhhhh....bertambah makan wehhh...tak caya cubalah sendiri...heheh...senang aje buatnya..bhn pun simple.

Ayam Masak Serai
Sumber : maklang lina

Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibunag biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.
Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Nota * sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

No comments: