PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Friday, October 29, 2010

ORDER




Order yg siapkan utk hari ini.

30 cup triffle, 50 pcs ctat dan 50 pcs ftat diorder oleh Nora (bt.caves) dan 1 box bnies bberi marble lak diorder oleh Nur (damansara)....tkasih semua.

Monday, October 25, 2010

PUDING BUAH DAN ROTI


Jangan setakat tengok dan telan air liur je....cubalah dulu baru tau...yang penting tiada paksaan dlm resepi...nak modipai tang mana dan ikut mana pun terserah.....tepuk dada tanya tekak sendiri ye....hehe. Resepi ni thn 2008...dah jangkau 2 thn lebih..saje tempek semula kat sini utk insan kat luar sana tu...ehem..ehemmmm....

PUDING BUAH DAN ROTI
Sumber : Saji

Bhn
8 keping roti (buang kulit tepi)
80g butter
50g kismis
100g buah pic (mklang letak buah koktel)
50g gula castor (manis sukat sendiri)
1 biji telur
3 cwn susu cair

Cara
Roti potong 3 segi kecil
Susun roti dlm bekas
Tabur kismis, buah koktel dan separuh gula
Lebihan roti disapu butter depan dan belakang roti dan susun, taburkan gula
Pukul telur + susu cair dan tuang dlm bekas...rehatkan kejap bior kembang <>1/2 jam
Bakar 30' suhu 180C ikut oven masing2.

Sos kastad
Sumber : Kak liza

1 tin susu cair
2sb tepung kastad
2sb gula

Cara
Masukkan dlm periuk dan masakkan dgn api sederhana sehingga mendidih...dah npk pekat tutup api.

PUDING FRUIT KOKTEL


Bagi org yg mencari menu puding....duk selak page by page....nahhhh ambik nih....bhn tak byk, sodap pun sodap...juga gambo lama ye...

PUDING FRUIT COCKTAIL
Sumber : Baya

Bhn utk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit koktel
1/2 cwn air
4sb gula (manis ikut suka)
vanila
1st tpg kastad larutkan dlm air (option)

Cara
Campur semua bhn dan masak atas api perlahan.
Masuk dlm fridge...dah sejuk msk dlm mulut..hehe

RAINBOW MARBLE PUDING




Bagi yg bertanya nakkan resepi rainbow puding ni silakan...Sebenarnya kat mana2 blog dah ramai yg buat. Resepi ni resepi dah lama, masa mklang mula2 ceburkan diri dlm dunia baking sekitar thn 2004 lagi jadinya gambar ni pun gambo lama, tak pro snap picture lagi...

RAINBOW MARBLE PUDING
Sumber : Blackmore

Bhn
1 bungkus serbuk agar2 (13g)
675ml air
225g gula pasir
65g mentega/majerin
4 biji telur
1/2 tin susu cair
1sb tepung kastad
1sb serbuk koko (campur skit air)
vanila esen
pewarna merah/kuning/hijau ikut suka

Cara
Masak agar2 + air + gula = mendidih...ketepikan
Pukul telur, mskkan susu dan tepung kastad dlm adunan....kacau....tapis
Setelah tapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau sebati dan masak semula hingga adunan mendidih.
Masukkan mentega dan vanila dlm adunan dan kacau.
Bahagikan adunan pada 3 buah mangkuk, mskkan koko yg dicampur air tadi ke dlm salah satu adunan dan kacau. Lagi 2 mangkuk tu kaler ikut suka.
Guna loyang 9x9x3, sengetkan loyang dengan menyangga salah satu hujung loyang tu..tuang satu senduk setiap kaler dan ulang hingga adunan habis.
Letakkan kembali loyang pd kedudukan asal msk dlm fridge.

ORDER

Bersiaran kita kembali. Balik dr outstation memang engin slow skitlah tp kenangkan regular cust, buat jugaklah bnies kukus ni...tk Hani (Selayang).

Sunday, October 17, 2010

ORDER

Order sebelum outstation....memandangkan cust. dah lama order jadi buat jugaklah. 100 pcs utk Roshia dr Tmn Sri Gombak dan 100 pcs lagi utk Sue dr Tmn Melati.....macih.
Ada balance lagi 100 pcs tu stdby for nxt cust, sapa nak cepat calling2 eh.

Friday, October 8, 2010

CLOSED ORDER

HARAP MAKLUM.....SEGALA ORDER AKAN DITUTUP MULAI 16-30 OKTOBER ...TUTUP SEMENTARA WAKTU AJE YE SBB SAYA OUTSTATION....

TKASIH...

Thursday, October 7, 2010

FRESH FROM OVEN

1 biji bnis stim dan 100 ctat ni diorder oleh raja haslina dari sini2 gak..kira satu taman....mlm nanti jumpa insyaAllah...
2 biji sroll pandan n coffee flavour dan 100 tat shell diorder oleh Mariam....dr mana tak tau sbb cust ni lom ambik lagi.

2 biji carrot cake, 50 pcs ftat n 50 pcs coco tat diorder oleh Mila (Sentul).....last syawal hari ni ...wat majlis makan2 eratkan silatulrohim...


Sunday, October 3, 2010

ORDER



200 pcs ctat diorder oleh Hafizah dan 50 pcs lagi diorder oleh Tini.
Tkasih sumer.

ORDER





50 pcs ctat, 1 box bnis choc, 1 box bnis marble, 1 box bnis bberi dan kek choc. moist 1 biji yg kesemuanya diorder oleh Ana (Shah Alam)..dari anak sorang sampai dah 3 anaknya baru jumpa semula.Tksih ana sbb sudi order ngan akak wpun jauh.

Saturday, October 2, 2010

JAMUAN RAYA SURAU



Hanya 2 biji sroll aje yg dpt dibuat utk jamuan raya kat surau berdekatan. Takpe le kan, bila dikumpul2 ngan menu tetangga lain jadi banyak....alhamdulillah...
Malangnya tak dpt nak join sbb bz siapkan order cust. lagi.

Pada cust2 yg terpaksa maklang tolak tempahan tu mklang mintak maap byk2 ye sbb kudrat 4 kerat yg ada ni dah melebihi had maksimum...lepas2 raya ni byk tempahan yg masuk awal2 lagi....insyaAllah lain hari lain ketika nanti mungkin dpt mklang tunaikan.

ORDER


50 pcs tat shell dan 50 pcs ctat diorder oleh Yong (Selayang)...my regular cust...tqvm Yong.