PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Sticky Post. Show all posts
Showing posts with label Sticky Post. Show all posts
Friday, March 13, 2015
Sunday, December 21, 2014
Thursday, September 4, 2014
Wednesday, July 2, 2014
Tuesday, June 3, 2014
Friday, March 21, 2014
Wednesday, January 29, 2014
Monday, December 30, 2013
Friday, December 20, 2013
Tuesday, November 19, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Tepung Gandum Putih vs Tepung Gandum Biasa
Untuk makluman semua customer saya, tepung biasa yg saya gunakan dalam baking adalah cap BUNGA CEMPAKA dan FAIZA....tanpa Benzoyl Peroksida .
Harga tepung gandum biasa ini agak mahal tapi takpe, demi kesihatan customer saya, maka saya hanya guna tepung TANPA Benzoly Peroxida saja dlm jualan saya. Saya takmo customer saya menanggung risiko penyakit bahaya sebab kesan penggunaan Benzoyl Peroxida dalam tepung gandum putih amat bahaya kerana ianya mengandungi bahan kimia yang sangat kuat.
Untuk keterangan lebih lanjut, jom baca artikel di http://8vertising.blogspot.com/2012/01/tepung-gandum-putih-vs-tepung-gandum-biasa
Labels:
Sticky Post
Monday, June 10, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Thursday, May 9, 2013
Thursday, February 7, 2013
Tuesday, January 29, 2013
"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-
1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.
❤¸¸.•*Bismillah..*•.¸¸¸❤
Kita minta ~✿> DIA berikan
Kita menangis ~✿> DIA dengarkan
Kita berdosa ~✿> DIA ampuni
Kita bertaubat ~✿> DIA sucikan
Kita meminta ~✿> DIA berikan
Semua yang kita lakukan --> adalah untuk kita..
Semua yang DIA lakukan --> adalah untuk kita..
DIA-lah ALLAH , Maha Pengasih Maha Penyayang..
"Maka yang mana di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Subhanallah ◕‿◕
Labels:
Sticky Post
Monday, January 28, 2013
RENUNG2KANLAH.....
Didik Hati Dari Sifat Dengki Dan Cemburu
28OGO
Kita tidak akan dapat bergaul dengan baik dan mesra jika hati diselubungi oleh rasa dengki dan cemburu kepada kejayaan-kejayaan orang lain. Sikap ini adalah suatu sifat yang meruntuhkan dan tidak berguna. Ia tidak akan menjatuhkan dan merosakkan orang yang didengkikan atau dicemburukannya itu, bahkan akan menjatuhkan dan merosakkan pendengki dan pencemburu itu sendiri.
Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar pula api kesengsaraan dan kegelisahan jiwa dan perasaannya. Makin lama perasaan ini dipendam dalam jiwa, maka akan makin banyak perubahan-perubahan buruk akan lahir pada tingkah-laku dirinya. Dia akan cenderung untuk mengumpat, merendah-rendahkan serta mengecil-ngecilkan kebolehan dan kejayaan orang lain nescaya lambat laun tembelangnya akan terbuka. Akibatnya dia tidak akan disukai dan digemari di dalam masyarakat pergaulannya.
Perasaan dengki dan cemburu ini mula tumbuh apabila seseorang itu merasakan dirinya kurang, rendah dan lemah. Merasakan kedudukannya terancam dan tapak-tapak kebanggaannya bergoyang dan apabila seseorang itu digodai oleh perasaan tamak haloba hendak membolot semua kebaikan dan ketinggian untuk dirinya sahaja.
Oleh kerana itu sifat dengki dan cemburu ini dianggap sebagai tanda-tanda perasaan kelemahan dan kerendahan diri sendiri. Orang yang percaya kepada kebolehan, kecekapan dan segala kelebihan yang ada pada dirinya tidak akan ada tempat di dalam hatinya untuk perasaan dengki dan cemburu, biar bagaimana besar sekalipun kejayaan orang lain. Bahkan ia akan merasa gembira kerana dapat pula mempelajari segala rahsia kejayaan orang tersebut sebagai contoh teladan untuk digarap bagi membina kejayaan untuk dirinya sendiri.
Perlukah dengki dan cemburu?
Kita tidak perlu ada sifat dengki dan cemburu, kerana setiap kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam bidang hidup masing-masing. Kalau ada orang yang berjaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya, kita juga harus berjaya dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau orang tegak dan cemerlang dalam bidang hidupnya, kita juga mempunyai bidang perjuangan hidup sendiri untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka.
Bongkarkan segala kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri, kemudian tanamkan kepercayaan yang kukuh dan curahkan segala daya upaya supaya segala kelebihan yang ada itu berkembang dengan seindah-indahnya. Mustahil kita tidak memiliki sesuatu keistemewaan dan kelebihan tertentu. Setiap makluk yang bernama manusia, Allah SWT ciptakan dengan tidak memiliki sifat, bakat dan kelebihan yang sama cuma yang hampir-hampir sama, sebab itu setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu hargai kelebihan yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Usaha sebegini adalah lebih logik, berguna dan membina dari memandang dengan putih mata atau menaruh sifat cemburu dan dengki kepada kejayaan-kejayaan orang lain.
Tegaskan tukaran perasaan sifat dengki dan cemburu itu dengan rasa keyakinan kepada keistimewaan dan kelebihan diri kita sendiri iaitu kelebihan dan keistimewaan yang memang dijadikan Allah SWT untuk masing-masing diri manusia.
Ubahkan sikap dengki dan cemburu kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga.
Jangan cuba menjadi penyaing yang menyiksa dan menghalang kejayaan-kejayaan orang lain, bahkan biarlah bakat-bakat gemilang orang lain itu berkembang dengan mekarnya, kerana perkembangan bakat dan kreativiti itu akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat. Belajarlah bergembira dan bersuka hati mendengar kejayaan orang lain dan bukannya irihati atau sakit hati.
Ingatlah saudaraku, manusia yang berbahagia dan damai jiwanya itu ialah manusia yang boleh membebaskan dirinya dari kongkongan perasaan perseteruan, kebencian, dengki dan cemburu. Maka akan hilanglah segala sifat buruk yang bakal menjelma dalam jiwa dan dirinya.
Diambil dari blog http://mohamadzakihalim.wordpress.com
Diambil dari blog http://mohamadzakihalim.wordpress.com
Labels:
Sticky Post
Tuesday, August 14, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Sempena menyambut hari raya tak lama lagi, marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
Nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat.
seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Labels:
Sticky Post
Thursday, July 19, 2012
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat.Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut: "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .- petikan dari Ust.Dr. Zaharuddin Abd Rahman.
Labels:
Sticky Post
Thursday, July 12, 2012
AL FATIHAH
Dimaklumkan bahawa x-student saya tahun lepas (bertudung unggu) maafkan saya lupa namanya..... telah kembali ke rahmatullah pada bulan Mac yg lalu....agak terlewat saya mendapat khabar ini.
Saya pun telah diberitahu oleh kakak iparnya (bertudung biru) semalam kebetulan dia nak ambik order di rumah saya. Terkejut saya mendengar berita itu...apapun semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertakwa.....drNya kita datang kepadaNya kita kembali....sesungguhnya hidup didunia ini hanya sementara sahaja....sampai masa kita dipanggil semula menggadap Illahi.....
Pada pengunjung yg terbaca entri kali ini dimohon agar dpt menyedekahkan Al Fatihah buat beliau.....
Al Fatihah..........
Labels:
Sticky Post
Subscribe to:
Posts (Atom)

















.jpg)



/>
>