Location
Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Friday, September 23, 2011
MINGGU YG BZ....
Labels:
Brownies
Tuesday, September 20, 2011
TAUHU SUMBAT GORENG
TAUHU SUMBAT GORENG
Bahan
Tauhu-belah 2
Bwg besar - ptg dadu
Lada hitam
Garam
Daun bwg/sup
Telur
Cara
Goreng tauhu yg dibelah 2 tadi
Keluarkan isi tauhu, tinggalkan kulitnya aje
Isi tauhu tadi dilenyek dan campurkan dengan bwg besar, lada hitam, garam dan daun bwg.
Sumbatkan ke dalam tauhu tadi kemudian celup didalam telur dan goreng.
Sedap dimakan bersama cili sos atau begitu aje.
Labels:
Aneka Tauhu
Monday, September 19, 2011
DEATH BY CHOC.CAKE
Resepi kali ini dikidnap dr MyR, sumbangan dari Mrs Dayat. Dah ramai bloggers yg mencuba tapi maklang baru nak start engin. Sedap kek ni...texture yg halus mulus wpun guna tepung gandum aje. Biasanya kek yg guna minyak dlm resepi2 terdahulu yg pernah maklang cuba tak perlu pukul guna mixerpun, hasilnya texturenya agak kasar sedikit tetapi untuk kek choc. death ni kena pukul telur+gula guna mixer hingga kembang dan baru masukkan bahan2 lain dgn hanya menggunakan whisk aje. Agaknya itulah sebab texture kek ni nampak halus.
DEATH BY CHOC.CAKE
Sumber : Mrs Dayat MyR
Bahan
2 cwn gula (kisar) - maklang guna gula castor jadi tak perlu kisar
3 biji telur
2 cwn tpg gandum }
1 cwn koko powder }ayak
1st bpowder }
1st soda }
garam }
vanila
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn air panas mendidih
Cara
Telur+gula+vanila = pukul hingga kembang guna mixer
Masukkan susu cair+minyak, gaul sebati guna whisk aje
Masukkan bhn yg diayak tadi, gaul dengan cara kaup balik]
Last sekali baru masukkan air panas, kacau sebati
Bakar 45', suhu 175 ikut oven masing2.
Labels:
Aneka Cake
Thursday, September 15, 2011
SUPER DUPER FUDGE BROWNIES
Anda teringin, sila dail ke nombor yg tertera di atas. Harga RM40 shj.... berbaloi dengan rasanya yang enak.
Labels:
Aneka Brownies
CUCUR TAUHU
Cucur tauhu ni lembut dan sedap dicicah ngan sos cili. Tak rugi mencubanya.
CUCUR TAUHU
Sumber : kak liza
Bahan
3 keping tauhu (mklang hancurkan dengar garfu)
200g udang buang kulit (maklang letak udang geragau)
1 bj bwg besar (potong dadu)
2 bj bwg putih cincang (maklang tak letak)
2 bj cili merah buang biji (mklang letak juga cili hijau)
Daun bawang/sup - ptg pendek
2 cwn tpg gandum }ayak sekali
1 cwn tepung naik sendiri}
2 cwn air tuang skit2
Garam
Cara
Masukkan semua bahan dalam bekas dan masukkan air skit demi skit.
Labels:
Aneka Cucur
Wednesday, September 14, 2011
NASI GORENG INDONESIA
NASI GORENG INDONESIA
Sumber : cindaibiru MyR
Bahan
3 cwn nasi sejuk
*Ikan bilis
*1bj Bwg besar
*2 bj Bwg putih
*1 bj Cili hijau
*3 bj Cili padi (mklang letak lebih bior pedas)
1 btg leek (mklang ganti carrot)
1st serbuk ketumbar
1st serbuk jintan manis
daging
isi udang
kicap manis
telur dadar yg dihiris
garam
Cara
Kisar bahan yg bertanda * dan tumis hingga naik bau.
Masukkan daging dan udang dan kacau
Masukkan ketumbar,jintan manis,kicap dan garam
Masukkan nasi dan gaul sebati
Last sekali masukkan telur dadar hiris dan dihidangkan dengan timun dan salad.
Labels:
Aneka Nasi
Monday, September 12, 2011
ORDER
100 pcs tat shell diorder oleh Azni dan balance 90 pcs diorder oleh Baiti..tqvm...tu je tat shell yg tinggal, pasni kena gentel lagi.....eeee malasnyaaaa....
Pada sesiapa yg nak order tat shell tu, tolonglah bagitau awal, jangan hari ni call, esok nak or lusa..Kalo kebetulan ada stok di umah oklah lagi tp jika takde stok saya perlukan masa utk menggentel dan jika ada order lain yg perlu saya siapkan maka saya terpaksa tolak sapa2 yg nak tat shell tu. Bukan apa, lately sering sgt saya mendpt sms nakkan tat shell malah ada dikalangan mereka cam nak paksa2 pulak, dah kita kata tak dpt buat mcm2 pulak le hal wat simpati...adehhhh..letih le...dah baper kali saya ingatkan order awal lengkali..takpun gentel je sendiri bukan susah sangat pun..tenyeh aje le kat acuan tu pastu bakoooo....
Labels:
Tarts
PUFF TUNA
PUFF TUNA
Bahan
Instant Pastry puff (boleh beli di supermarket)
1 tin Tuna (oil/water) - ambik ikannya saje
Lada hitam
Mayonis
Garam
Cara
Hancurkan tuna
Letak skit mayonis, lada hitam dan garam
Pastry puff 4 segi tu dibelah 2, pastu letak inti dan lipat 2, tekan ngan garfu
Sapu telur atas puff tadi
Bakar dgn suhu 185, 25-30', ikut oven masing2.
Dah masak, sapu ngan butter permukaan puff supaya berkilat.
Labels:
Aneka Puff
SPAGHETTI MARINARA
SPAGHETTI MARINARA
Bahan
Spaghetti - rebus dan toskan, lalukan pd air dan letak skit butter - gaul rata
Bwg putih - cincang
Bwg besar - cincang
Sos bolognese
Sos tomato
Udang/Sotong/dll
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Kiub ayam
Carrot - ptg dadu
Mushroom
Oregano/daun basil
Garam/gula
Cara
Tumiskan bwg putih/merah
Dah naik bau, baru masukkan sos bolognese
Masukkan skit air
Masukkan bhn lain tu, biarkan mendidih hingga kuah pekat
Siram kuah atas spaghetti dan sedia utk dimakan.
Labels:
Aneka Pasta
Tuesday, September 6, 2011
PENGUMUMAN
Pengumuman makcik2, kakak2, adik2. Pakcik2 dan abang2 tak bleh join ye...kelas ni khas utk kaum wanita aje...hehehe
Kelas baking akan diadakan semula bermula 1 Oktober 2011. Cepat register jika anda masih berminat agar hajat yg tak kesampaian 2 bulan sudah dapat ditunaikan segera..hehehe..Jadual kelas boleh lihat disebelah kanan anda.
Kelas baking akan diadakan semula bermula 1 Oktober 2011. Cepat register jika anda masih berminat agar hajat yg tak kesampaian 2 bulan sudah dapat ditunaikan segera..hehehe..Jadual kelas boleh lihat disebelah kanan anda.
Labels:
Sticky Post
LAKSA JOHOR
Mesti ada dikalangan rakan2 yg nak buat open house tp buntu nak masak apa utk hidangan tetamu. Takyah susah2 pikir macam pikir masalah negara lak, buat je laksa johor resepi Pn.Puti Mazura.Laksa johor resepi familynya yg dishare bersama satu ketika dulu memang kelessss...meletupppp.Penerangan resepi ni panjang lebar tp maklang editkan kasi pendek supaya uols mudah paham, takde le berbelit2 bila membaca ye atau takut nak buat bila tgk resepi panjang berjela..hehehehe.Laksa Johor
Sumber : Pn.Puti Mazura
Bahan utk kuah:-
1 ekor ikan tenggiri sederhana besar
2 ekor ikan kembung
ikan kering kurau sebesar tapak tangan
segenggam udang hidup
segenggam udang kering
*Rebus kesemua bahan diatas dan diblend. Air rebusan jgn dibuang dan guna air yg cukup2 aje.
20 ulas bwg merah }
10 ulas bwg putih } blend
10 helai cili kering }
2 paket kecil kari ikan - mskkan skit air utk jadikan pes
segenggam asam jawa - bancuh dgn air rebusan ikan tadi
santan dr 1 bj kelapa
3-4 sudu kerisek
2 btg serai - titik
gula dan garam
Cara
Perapkan ikan + udang yg diblend tadi bersama santan selama 2 jam.
Masukkan cili kering + pes kari, goreng hingga terbit minyak dan masukkan kerisek = kacau
Masukkan isi ikan + udang yg diperap tadi
Masukkan air asam jawa
Bila mendidih adjust airnya ikut suka kalo nak banyak
Masukkan gula+garam sesedap rasa
Biarkan mendidih dan kalau kurang masam, masukkan 1@2 asam keping
Cara Hidangan
Rebus spagetti - ni mesti dah pandai buat camner nak rebus ye!Timun - hiris cam btg mancis pun boleh
Taugeh
Daun selasih
Bwg besar - mayang halus
Daun kesum - option - mayang halus
Limau kasturi
Sambal belacan (10@15 cili kering/cili merah+10 bj bwg merah + belacan + gula + garam =blend halus
SELAMAT MENCUBA YE....
Labels:
Aneka Mee/Laksa
Monday, September 5, 2011
KEK BUAH SEDAP
Kalo dulu maklang buat kek buah resepi Diana yg guna gula hangus tp kali ni nak try lak kek buah mudah dan simple ni hanya guna susu pekat aje. Maklang buat masa raya hari tu. Buatnya mudah sangat, semua main kacau2 dah siap. Terima kasih pd k jo kerana sudi share resepi kek buah ni.
Kek Buah Sedap
Sumber : mekarmewangi blogspot.com (k jo)
Bahan
*380g susu pekat manis (mklang guna susu goldcoin)
*400g mixed fruit (mklang guna 500g)
*250g butter
*1 cwn air
2 bj kuning telur
3 cwn tepung gandum } ayak
1st b/soda }
1/2 cwn orange juice
Cara
Masukkan sumer bhn bertanda * dlm periuk, masak atas api sederhana hingga susu dan butter larut sambil dikacau, ketepikan.
Sejukkan dlm fridge selama 3-4 jam (maklang peram 2 jam je..)
Masukkan kuning telur dan kacau sebati
Ayak tpg gandum+soda dan masukkan dlm adunan tadi berserta dengan orange juice dan kacaulah hingga semua sebati menggunakan spatula
Masuk dlm loyang 9x9 dan bakar dengan api 160C selama 1 jam.,Jangan overcooked nanti kek jadi kering. (kek mklang dah siap masak tak sampai 1jam pun coz oven tecik aje jadi cepatlah masaknya)
Nota maklang : kemanisan kek bergantung pd susu pekat yg digunakan. Mklang guna goldcoin jadi rasanya taklah terlalu manis, sedang elok tapi mixed fruit memang maklang lebihkan sbb suka mixed fruit byk dlm kek.
Kalau nak potong kek ni, seeloknya simpan dlm peti ais dulu, dah keras baru potong supaya cantik bila dipotong dan kek tak hancur. Kek ni mklang balut ngan plastik pehtu sumbat dlm peti ais.Kek ni versi moist jugak ye sbb penggunaan susu pekat.Sapa nak try, buatlah 1/2 adunan dulu sbb 1 adunan ni dpt besar gak keknya..
Labels:
Aneka Cake
Subscribe to:
Posts (Atom)