PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Showing posts with label Aneka Pasta. Show all posts
Showing posts with label Aneka Pasta. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

BAKED PASTA





Acap kali jugaklah buat baked pasta ni sbb anak2 saya suka...nampaknya panjang berjela resepi ni tapi senang je buatnya, sos mcm buat sos spagetti tu aje pastu curahkan sos putih n tabur cheese...siap. Resepi ni saya kidnap kat blog mamasya...memang sedap resepi ni dan tqvm pada Dayang Jack kerana sudi share resepi mabeles ni.
 
Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh: Dapurmamasya

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato
1 sudu besar mentega

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih.
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
nota dapur mamasya;
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu.

Monday, September 12, 2011

SPAGHETTI MARINARA


SPAGHETTI MARINARA

Bahan
Spaghetti - rebus dan toskan, lalukan pd air dan letak skit butter - gaul rata
Bwg putih - cincang
Bwg besar - cincang
Sos bolognese
Sos tomato
Udang/Sotong/dll
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Kiub ayam
Carrot - ptg dadu
Mushroom
Oregano/daun basil
Garam/gula

Cara
Tumiskan bwg putih/merah
Dah naik bau, baru masukkan sos bolognese
Masukkan skit air
Masukkan bhn lain tu, biarkan mendidih hingga kuah pekat
Siram kuah atas spaghetti dan sedia utk dimakan.