PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Friday, August 27, 2010

BISKUT DAHLIA


Samada dipanggil semprit atau dahlia ianya sama aje...yg membezakannya ialah bentuknya aje. Kalo panjang dipanggil samprit dan kalau bentuk bunga camni dipanggil dahlia tp resepi sumer sama. Saban tahun biskut ni pasti maklang buat...ialah, biskut lama2 camni meninggalkan byk memori yg cukup indahkan...teringat dulu, arwah opah pasti akan buat biskut dahlia ni...bkut dahlia opah dulu memang kelessss...sumer main tibai tapi chedapppp...

Resepi dah tempek dulu tp takpe le...kot2 ada yg nak cuba silalah...resepi sumbangan norazie Rnet.


BISKUT DAHLIA
Sumber : Norazie Rnet

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mklang guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

2 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

suka buat biskut ni tp tak suka makan...hehe...
rajinnya maklang ni, bila la nak cuti buat kuih?

Fiza Nordin said...

betul tu mak lang... arwah mak saya pun gitu.semua resipi kuih2 yg dia buat takde sukat2.sume main campak aje...tp hasilnya, wallah!!!