Location

Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)

Emel :
nurzimah@gmail.com

HALALAN TOYYIBAN, BERSIH, SELAMAT DAN DIYAKINI

"Wahai sekelian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Surat Al Baqarah : 168)







Sunday, June 28, 2009

KELAS SROLL & MUFFIN - 28/6/09






Kelas hari ini dihadiri oleh Pu3 dari Rawang dan Ati dari Sg.Buloh, classmate maklang yg telah mklang temui semula dlm acara jejak kasih thn lepas...hehehehe....mungkin ada yg ingat lagi kisah tu kan. Kebetulan Ati ni nak ambik order cc utk anak dara dia yg akan sambut besday esok, dia pun join sekaki le belajor sekali. 1 kotak cc mklang biarkan plain sbb nak kasi chance anak dara Ati tu mendeco ikut suka dia wpun kelihatan malu2 aje tapi semangat tu yg kita nak.

ORDER



Tempahan 175 tart buah dan 175 blueberry tat oleh Yati dari Kota Damansara utk majlis open day sekolah berkenaan. Tkasih Yati kerana sudi order buat kali kedua.
50 pcs Coco tat pulak diorder oleh adik maklang sbb dia dah terliur tgk kat blog...nak gak merasa katanya..hehehe...

Wednesday, June 24, 2009

TAG DARI ANIS

gAnis...mklang dah siapkan hwork...baper markah nak kasi nih...heheh

1. apa perasaan sekarang
boring …rasa nak balik baking n cooking….

2. saya nak makan
ayam tandoori, ayam golek, ayam panggang, ayam percik....buruk menteghedaghah...hehehe

3. saya x suka
ikan sembilang dan sewaktu dengannya sbb takut tengok muka ikan tu...

4. impian saya
nak jadi macam kakliza dan ida isk…acah je....keh keh keh tak tercapai dek akalku…

5. haiwan yg saya tidak suka
semua binatang yg besor2...yg kecik2...yg bisa2...

6. saya harapkan
moga ilmu yg saya tempek disini membawa kebaikan pd sumer

7. jika boleh diputarkan masa
saya nak pergi ke alam percintaan semula...hehehhe..

8. saya pada 10 thn akan datang
mungkin jadi full housewife….dan membesarkan badan yg dah sedia besar...heheh

9. hp saya adalah
Nokia

10. saya pernah bercinta sebanyak
sekali aje

11. saya suka pada
sumer org yg berbuat baik pd saya dan tak menganiaya saya dibelakang

12. kawan2 saya
semua rakan di cyber dan juga diluar sana

13. pernah dikhianati
pernah tapi malas nak ingat ...biarlah ia berlalu.

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
saya nak kerat dia jadi 50 pcs....jadikan mcm brownies ..acah je....biarlah org nak wat saya mcm mana sekalipun sbb Allah itu Maha Mengetahui....

15. senaraikan 8 orang untuk di tag
sian ...takmo tag sapa2 le

Sunday, June 21, 2009

ORDER

Cc utk father's day ni diorder oleh Lin dari Wangsa Maju dengan tema pc sbb husbandnya terlibat ngan bidang IT. Ada thumb drive, mouse, screw dan pc pink hehehe...kalo tak cun ya ampunnn...maklang tak pandai lukis.

KELAS KEK CARROT - 21/6/09

Kelas ini diminta oleh Ani lagi yg belajar cistat semalam...kali ni nak belajar kek karrot lak. Tkasih Ani sudi belajar ngan maklang. Lupa pulak nak ambik gambo Ani sbb asik duk tengok kek yg Ani deco tu cun sangat bagi orang yg pestime mendeco.

Friday, June 19, 2009

KELAS CISTAT - 20/6/09


Kelas cistat diminta oleh Dilla dan Ani dari Ulu Langat...jauh tuuu dan juga Adibah dari Selayang.
Kalau nak tau, Adibah dan Dilla ni sepupu....mereka lak tak tau yg masing2 ambik kelas yg sama...alahai..keciknya doniaaa....Tkasih kerana sudi belajar ngan maklang, segala salah silap terkasar bahasa maaf jua dipinta.

FRUIT TART


200 pcs fruit tart ni lak diorder oleh Rossa untuk majlis aqiqah anaknya harini....thanks Rossa....
Bagi sesapa yg rasa tertelan air liur tu kan, apa kata cuba wat sendiri....heheheh....
Untuk pastry shell maklang maintain ngan resepi Alex Goh dan filling kastad krinn mklang modipai mana yg perlu utk lebih memudahkan lagi anda membuatnya....kalo taknak gak buat, tak dapek den nak nolong...order ajelah ye!..heheheh..Resepi c&p dari blog mamafami...sori ye ma, den maleh nak type, den main copi yo...susu den tak suko...heheh
FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh
PASTRY
Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INTI KASTAD
Sumber : Rinn
Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mklang suka guna tepung kastad lagik)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar (mklang guna susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
*maklang mskkan sumer bhn sekali harung dlm periuk dan masakkan aje atas dapur...

ORDER

Repeat order dari cikgu Ana...marble cheese brownies ...thanks cikgu sbb order lagik...heheh...
Nanti senang maklang tepek resepi ni atas permintaan salah seorang pengunjung di blog maklang..sabar ye...

MARBLE CHEESE BROWNIES

Adunan Coklat

250 gm butter

1 1/2 cwn gula halus
3 biji telur
2 st esen vanila
½ st bpowder }
1 cwn tepung gandum }ayak
3/4 cwn koko powder }
1/2 cwn almond - option

Cara
1) carikan butter, tutup api dan masukkan gula….kacau.

2) masukkan telur dan vanila
3) masukkan bhn yg diayak tadi…kacau sebati
4) masukkan adunan dlm loyang dan tinggalkan sedikit utk wat marble

Adunan Cheese

125g creamcheese
50g gula halus
1 biji telur
1sb whipping cream
1-2st sunquick

Cara
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan tuang adunan atas lapisan coklat dan buatkan marble.
Bakar selama 25-30’, suhu 170C ikut oven masing2. Bakar api bawah dulu dan 5’ terakhir api atas bawah.

CC BESDAY - 19/6/09


Hari ni genaplah usia anak bongsu maklang Arif Fakhrullah berusia 5 tahun. Moga menjadi anak yang soleh....berjaya di dunia dan akhirat.

Wednesday, June 17, 2009

CHOC. OAT COCONUT CRUNCHY

Letihnya angkut barang dari fp ke blog....tapi tak diangkut kang, ada yg tanya.....jadi mklang usahakan jugak angkut skit2...almaklum le kita naik beca...mana larat nak kayuh.....

Choc.Oat Coconut Crunchy
Sumber : baya

Bhn A
375g butter
1 1/4 cwn gula castor
1 biji kuning telur
1st vanila

Bhn B
2 1/2 cwn oats
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 cwn kelapa kering
1/2 st bpowder
1/2 st bsoda
3-5 sudu besar coco powder
2 sb air sejuk (maklang tak letak)
Hiasan : putih telur dan badam

Cara
Putar bhn A.
Masukkan coco powder dan putar sebati
Masukkan oats, kelapa kering
Masukkan semua jenis tepung
Canai dan terap Hias ngan badam

Tuesday, June 16, 2009

CHOC. OATS CRIPS



Chocolate Oats Crips

Sumber : Koleksi resipi oats



Bahan

130g tepung gandum }

30g tepung jagung }

20g serbuk koko } ayak

½ sk serbuk penaik }

¼ sk serbuk kulit kayu manis } - mklang tak letak

¼ sk garam

90g Quaker Oat Segera - maklang bakar sekejap

200g mentega

120g brown sugar

½ sk esen vanilla



Cara

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.

Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.

Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.

Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.

Potong atau terap dan letak atas dulang.

Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.


Nota

Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D

Friday, June 12, 2009

ORDER


Brownies cheese ni ditempah oleh cikgu Ana yg mengajar kat Air Panas ni jer.....tk cikguuuu sbb sudi tempah ngan akak.

Monday, June 8, 2009

KEK KUKUS CHOC.CHIP PISANG

Kek Kukus Chocolate Chips Pisang
Sumber : cheezyberrie
Bahan-bahan:
* 125g butter
* 125g castor sugar
* 2 biji telur
* 150g tepung kek – ayak…. (maklang guna SRF)
* 25g cocoa powder - ayak
* 2 sudu besar milk powder
* 2 biji pisang – dilenyek (maklang guna pisang berangan 1biji besar, kalau pisang emas 2-3 biji) * 50g chocolate chips
Cara
1) Pukul butter dan castor sugar sehingga kembang
2) Masukkan telur dan pukul lagi.
3) Masukkan tepung kek dan cocoa powder, dan pukul lagi.
4) Masukkan milk powder, choc chips, pisang dan kacau hingga sebati
5) Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil
6) Kukus selama 1 jam

BISKUT ALMOND SWEETIES


Biskut Almond Sweeties
Sumber : kakliza
Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm tepung jagung ]
Hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Sunday, June 7, 2009

KELAS CISTAT - 6/6/09


Kelas cistat diminta oleh Sue dari Seri Kembangan....wpun masih menuntut di IPTA, Sue tetap punya minat dlm dunia baking....tqvm sbb sudi belajar ngan maklang.

Thursday, June 4, 2009

ORDER

50 pcs bluberi cistat ni diorder oleh opismate adik maklang...moga selamat sampai ke tangan empunya ..

Wednesday, June 3, 2009

CUPCAKE UNTUK PENGANTIN


Cupcakes coklat sempoi ni utk opismate maklang sempena majlis nikah anak buahnya yg akan berlangsung esok (jumaat)....Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke akhir hayat..
Buruknya tulisan..heheh...ngalah budak darjah 1....teman pun tak tau ngaper leh jadi gitu...takpe le...janji cust. suka...

Tuesday, June 2, 2009

DOA DAN AWARD


Doa dan award ni kutip di umah Azlina, geng dekorasi...w/pun jadi silent reader sebenornya.........macih ye.