200 pcs fruit tart ni lak diorder oleh Rossa untuk majlis aqiqah anaknya harini....thanks Rossa....
Bagi sesapa yg rasa tertelan air liur tu kan, apa kata cuba wat sendiri....heheheh....
Untuk pastry shell maklang maintain ngan resepi Alex Goh dan filling kastad krinn mklang modipai mana yg perlu utk lebih memudahkan lagi anda membuatnya....kalo taknak gak buat, tak dapek den nak nolong...order ajelah ye!..heheheh..Resepi c&p dari blog mamafami...sori ye ma, den maleh nak type, den main copi yo...susu den tak suko...heheh
FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh
PASTRY
Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INTI KASTAD
Sumber : Rinn
Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mklang suka guna tepung kastad lagik)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar (mklang guna susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
*maklang mskkan sumer bhn sekali harung dlm periuk dan masakkan aje atas dapur...
2 comments:
Oh boleh main cakap sorry je copy paste eh? Bak mai cis tart sekotak! Fruit tart tak mau, sebab dah pernah buat dan makan.. hehehe... acah je!
salam maklang.. saya nih silence reader blog maklang.. teringin lak nk buat tart ni.. lepas kita paipka inti dah boleh terus makan la kan tak yah masak2 dah.. betul ke?
Post a Comment