PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Monday, January 12, 2009

DAGING MASAK HITAM MANIS

Ni le resepi kenduri masa mklang kawin dulu...salah satu menu daging masak hitam ni le. Daging ni ramai yg kata sedap. Mintak pd tukang msk tak kasi abih camno! jadi mak maklang pun test power le ubah tambah mana yg patut dan akhirnya berjaya gak...hehehe...pastu kasi le tukang masak tu rasa sampai dia tanya mana dpt resepi nih...kih kih..kih...dengan mak maklang jgn nak tipu le..orang tua kan...dia pandai le nak wat camner....hehehhe...

Daging Masak Hitam Manis
Sumber : mak

Bhn
1 kati daging – dihiris dan direbus bersama kicap (air rebusan jgn dibuang)
1/2 cwn kicap manis (cap kipas udang)
3sb cili kering kisar (ikut suka pedas, kalo nak pedas lagi..tambahlah)

Bhn Kisar – asingkan kepada 2 bhg. (satu untuk digaul bersama daging dan satu lagi utk tumisan)
3sb jintan manis
3sb jintan putih
3 Bwg putih
4 Bwg merah
Halia
Bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga
Asam keping

Cara
1. Daging yang dipotong/dihiris nipis – direbus bersama kicap. (Air rebusan jgn byk sangat sbb daging keluarkan air rebusan)
2. Bila daging dah empuk, gaul sedikit dengan bhg. kisar, goreng kejap jer.
3. Ketepikan daging tadi..sekarang masukkan pula lebihan bhn. kisar tadi utk ditumis.Masukkan cili kering (kalau suka pedas taruh lebih), kacau sebati.
4. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging, gaul sampai rata.
5. Masukkan asam keping,b.lwg,kkmanis dan buah pelaga.
6. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi (maklang selalunya tambah lagi kicap bior hitam pekat)
7. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat, bulehlah diangkat dan dihidang ngan nasi putih or nasi minyak.



4 comments:

Noorul said...

Sedapnya...tapikan maklang, saya selalu tambah kerisik...hmmm sedap...

maklang azie said...

tambah kerisik dah jadi lain version punya...hehehe...apa2pun boleh modipai..nak tambah lada hitam pun blehh....

Ann said...

dah pindah rumah baru rupanya...dan masih tetap happening...kudos for u for sharing recipes with us...semoga allah swt memberkati maklang sekeluarga...aminn..

maklang azie said...

heheh..umah lama penuh sesak...tanah pun bukan hak milik kekal...baik pindah duk banglo heheh