PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Wednesday, April 8, 2015

BINGKA CHEESE BERLAUK



Sedap rupanya bingka ni, memang sesuai untuk sebarang majlis. Resepi dari Kak Hanieliza ni memang berbaloi dicuba.

BINGKA CHEESE BERLAUK
Sumber : Yati memories

Bahan A (bancuhan tepung):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese
Bahan B (Inti):-
  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 1 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 batang kecil lobak merah - didadu 
  • 2 sudu makan rempah kari 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • 1 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Bingka:-
  1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
  2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
  4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
  5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
  4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).

No comments: