PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Monday, November 28, 2011

ORDER



100 pcs cupcakes diorder oleh Erny...tqvm.

Sunday, November 27, 2011

ORDER



Choc. vanila ciskek diorder oleh Ima...tqvm.

ORDER



Brownies stim dan 2 tier kek diorder oleh Safia...tqvm.

ORDER



Tiramisu diorder oleh Odie dr UIA...tqvm...

ORDER



Bnis stim diorder oleh Nadirah..tqvm

Wednesday, November 23, 2011

ORDER

50 pcs cistat diorder oleh neber berdekatan...tqvm.

Sunday, November 20, 2011

ORDER



64 pcs cistat diorder oleh Normah dan 80 pcs cistat diorder oleh Azlina. Sebenarnya mereka nak 100 pcs tp tak sempat nak buat sbb keadaan kesihatan yg tak mengizinkan...

Wednesday, November 16, 2011

ORDER




100 pcs muffin coklat diorder oleh precious moment..tqvm.

Sunday, November 13, 2011

NASI AYAM IPOH MALI....





Tanya kat SIL kat kg, ada ke nasi ayam ipoh....dia pun blurrr gak...tak penah dengar pun katanya....kepunyaan sapa...melayu atau cina...atau resepi ni saje dinamakan begitu oleh Quinnie dr myresepi atau resepi ni memang berasal dr ipoh...emmmm....tak kisahlah, janji kita try test power resepi ni amacam sbb ramai blogger masakan dah buat..fback ramai kata sedap...apapun bergantung pd tekak masing2lah ye...tak rugi apapun kalo rajin mencuba aneka nasi ayam ye tak!


NASI AYAM IPOH

Sumber : kak ina kl/my resepi


Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras

4 1/2 mug air rebusan ayam

2 inci halia

*3 biji bawang putih

*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar sos tiram

2 helai daun pandan

4 sudu mentega



Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya

4 bawang putih diketuk

3 inci halia di hiris

3 helai batang bawang

1 biji sengkuang dipotong dadu - tak letak

1 sudu besar serbuk lada sulah

maklang letak kiub ayam skit je...



Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah air biasa.



Bahan Untuk Kicap

5 biji cili burung

sedikit halia

4/5 biji bawang putih

kicap secukupnya

air rebusan ayam secukupnya

tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)



(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)



Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam

3 biji bawang putih

*1 inci halia

*3 sudu besar kicap lemak manis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar cuka

1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.

masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Nota : utk ayam, maklang tak ikut resepi di atas, ayam maklang lebih suka goreng berempah jeww.

ORDER

Bnis stim diorder oleh Tini...tqvm.

Thursday, November 10, 2011

ORDER

50 pcs cistat diorder oleh Rohana..tqvm

Wednesday, November 9, 2011







25 pcs cupcake diorder oleh Azura..tqvm.

Tuesday, November 8, 2011

BRONKETEM




Bronketem atau dikenali sebagai Brownies Ketan Item merupakan satu brownies kukus. Kalau dilihat dari segi rupa memang macam kek coklat tapi bila rasa tak sama spt yg anda sangka.Ianya menggunakan tepung pulut hitam sebagai bahan utama menggantikan tepung gandum.Kelihatan ada layer di tengah brownis inikan....mungkin anda sangka ianya dipotong 2 lalu dilapisi coklat...sebenarnya tidak...ianya merupakan effect taburan choc.rice yg memenuhi ruang brownis jadi tak perlu dipotong...taburan choc.rice itu yg membuatkan bnis ini tampak spt dilayer. Alahaiii dah terikut bahasa Indo le pulak...hehehe...



Bagi sesapa yg ingin mencuba silakan....dan bagi yg ingin merasa tetapi malas mencuba bolehlah order aje....hanya RM22 aje utk size kecik.



Sukatan bahan dalam resepi ini maklang dah adjust dan sudah ditranslate kepada bahasa Melayu agar anda mudah memahaminya.




Brownies Kukus Ketan Item (Bronketem)

by Ricke Bunda Nadhifa Indriani



Bahan A


5 bj telur


200g gula castor


1st ovalette


1st vanila


secubit garam


2sb susu pekat manis




Bahan B


250g tepung pulut hitam (boleh didapati di bakeri) } ayak sekali


20g koko powder }




Bahan C


100g cooking choc. } double boil


200g majerin }




choc. rice - utk filling





Cara


Double boil bahan C, ketepikan


Pukul Bahan A kecuali susu pekat manis dengan high speed sampai kembang dan kental.


Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.


Masukkan bahan B yg diayak tadi sedikit demi sedikit, pukul dengan low speed


Akhir sekali masukkan bahan C, kaup balik hingga rata


Bahagi 2 adunan ini


Tuang 1/2 adunan ke dalam loyang dan kukus 10' dengan api sederhana


Taburi coklat rice sebagai filling menutupi sumer ruang dan tuang baki adunan coklat tadi dan kukus kembali 20' atau hingga masak.


Biarkan sejuk baru dipotong.


Nota :

- terasa tekstur berpasir dek tepung pulut hitam

- moist

- bnis berat tp lembut bukan bantat ye ibuk2 suma..

Wednesday, November 2, 2011

ORDER



Carrot cake diorder oleh En.Hadi...tqvm...


50 pcs fruit tat diorder oleh Miza..tqvm.

ORDER



Alhamdulillah...segala order dpt disiapkan wpun jadual seharian saya padat dengan segala order. Tkasih kepada customer lama dan yang baru kerana sudi buat tempahan dengan saya.

450 pcs tat shell, 2 sroll dan 100 pcs cistat diorder oleh Linda....tqvm.


Bagi yg tiada masa buat tat shell bolehlah calling2 secepat mungkin ye sbb nak buat tat shell perlu masa yg betui2 free.