PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, November 13, 2011

NASI AYAM IPOH MALI....





Tanya kat SIL kat kg, ada ke nasi ayam ipoh....dia pun blurrr gak...tak penah dengar pun katanya....kepunyaan sapa...melayu atau cina...atau resepi ni saje dinamakan begitu oleh Quinnie dr myresepi atau resepi ni memang berasal dr ipoh...emmmm....tak kisahlah, janji kita try test power resepi ni amacam sbb ramai blogger masakan dah buat..fback ramai kata sedap...apapun bergantung pd tekak masing2lah ye...tak rugi apapun kalo rajin mencuba aneka nasi ayam ye tak!


NASI AYAM IPOH

Sumber : kak ina kl/my resepi


Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras

4 1/2 mug air rebusan ayam

2 inci halia

*3 biji bawang putih

*3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar sos tiram

2 helai daun pandan

4 sudu mentega



Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya

4 bawang putih diketuk

3 inci halia di hiris

3 helai batang bawang

1 biji sengkuang dipotong dadu - tak letak

1 sudu besar serbuk lada sulah

maklang letak kiub ayam skit je...



Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah air biasa.



Bahan Untuk Kicap

5 biji cili burung

sedikit halia

4/5 biji bawang putih

kicap secukupnya

air rebusan ayam secukupnya

tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)



(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)



Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam

3 biji bawang putih

*1 inci halia

*3 sudu besar kicap lemak manis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar cuka

1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.

masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.


Nota : utk ayam, maklang tak ikut resepi di atas, ayam maklang lebih suka goreng berempah jeww.

1 comment:

quinnie said...

salam maklang...meh saya tolong jawab...:)

resepi ni memang resepi nasi ayam cina kak....tapi saya dah melayukan dan ikut citarasa saya..terima kasih kerana mencuba...:)