Penin lak bau durian dlm eksbox nih.....isinya dah hampir kering...daripada buang baik le wat cucur doyan wat kudapan di petang hari.....alhamdulillah...berbaki 3 ketui je lagi....yg lain sumer dah masuk perut pirana...hehehhe. Tkasih pd MG kerana sudi share resepi cucur yg sedap ni....rangup kat luar tp lembut kat dalam....i likeeeee..
CUCUR DURIAN
Sumber : mat gebu
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum }
1 camca besar baking powder }(disatukan dan diayak)
1/4 cawan gula halus
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan isi durian, lecek halus
1 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam
CARA :
Satukan semua bahan2 di atas, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa, mat guna 1 camca besar adunan untuk sebiji cucur, goreng 10 - 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidanglan untuk minum petang...

2 comments:
Along pun buat cucuq duyan balik kpg aritu, tak sempat nak n3 lagi.... sedap kan MakLang!
Assalam.....bolej jgk buat cucur ye? Nape hari tu akak x terfikir msa bnyk lebihan durian kt rmh.....hemmmm.....sdp ke.
Post a Comment