PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, July 10, 2011

PERUBAHAN HARGA PRODUK JUALAN

Assalamualaikum semua....selamat pagi...semoga anda ceria selalu dan dimurahkan rezeki.


Untuk makluman pada semua customer saya, dimaklumkan bahawa saya terpaksa buat sedikit perubahan harga produk jualan saya. Kenaikan harga bahan2 mentah sudah bermula sejak awal tahun lagi tapi saya terpaksa pejamkan mata sbb tak sampai hati untuk menaikkan harga jualan.


Baru2 ini beberapa kedai bakeri yg saya kunjungi telah menaikkan harga bahan2 baking dengan harga yg terlalu tinggi sehingga saya terpaksa bertanyakan kepada tokeh kedai kenapa kenaikannya begitu mendadak sekali dan jawapan yang diterima dari tokeh bakeri itu dia beli barang pada supplier pun dengan harga yg tinggi.


Justeru itu, setelah dibuat pengiraan semula kos yg terpaksa saya tanggung maka dengan berat hati bermula 1hb Ogos 2011, harga produk saya akan berubah tetapi tidak melibatkan semua produk jualan saya, hanya produk tertentu sahaja. Produk lain masih kekal dengan harga lama.


Sekian, terima kasih.

No comments: