PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Friday, August 20, 2010

ACAR BUAH



Bulan poser gini sedap eh makan acar buah. Acar buah ni kalau nak beli mahal, rm5 satu bekas taufufa tu...apa kata kita buat je sendiri...tak susah mana pun...Mklang buat acar buah ni masa lunch hour...bekejar balik ke umah memandangkan Jumaat lama skit waktu rehatnya dan alhamdulillah dapat bagi kawan sebekas dan mak sebekas, 1 bekas lagi utk maklang sefamily.

Utk buat acar buah ni maklang takde main sukat2 ye...sumer tibai je masuk kuali... jadi takde sukatan yg tepat, ni maklang main agak2 ajelah supaya anda dpt anggarkan baper byk nak guna sesuatu bahan tu.

ACAR BUAH

Bhn
500g Buah campur (basuh sekejap aje (lalukan kat paip)- utk buang asid)
*5 Bwg merah
*4 Bwg putih
* Halia
1sb Serbuk Jintan manis
1sb Serbuk Jintan putih
1/2 sb Serbuk Ketumbar
1sb Rempah kari
2sb Tomato puri
2sb Cili sos
2sb Cili kering - ikut suka kalo nak pedas lagi tambah.
Sedikit cuka, gula dan garam

Cara
1. Kisar bahan yg bertanda *
2. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bhn kisar tadi hingga wangi.
3. Masukkan semua serbuk jintan, ketumbar,rempah, tomato puri, cili kering dan cili sos...kacau hinga semerbak harum.
4. Masukkan cuka,gula, garam dan akhir sekali masukkan buah campur tadi...letak sedikit air dan gaul rata.

Nota : boleh masukkan juga kismis, buah kurma, buah pala bergula dsbnya.

1 comment:

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Mak Lang....

Must busy dgn tempahan kan? Ayu dah lama nak resepi acar buah ni. Thank u yer kak. He3..husband Ayu kerje kat Doha Qatar, so nanti boleh la buatkan utk suami bawa balik sana...

Selamat berbuka Mak Lang....jgn lupe singgah dapur Ayu yg tak seberapa tau..:)