PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Tuesday, January 13, 2009

KEK MARBLE MOCCHA


Kek Marble Mocha
Sumber : kakliza

Bhn A
250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bhn B
240 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder...] ayak bersama (maklang guna self raising flour)
1 s/k mocha paste
1 s/k nescafe

Nota : maklang buat coffee emulco+nescafe+choc.emulco supaya kek nampak hitam sedikit...campuran coffee emulco + nescafe masih belum menampakkan kelainan warna dengan adunan asal jadi mklang terpaksa letak sedikit choc.emulco)

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 180 C

No comments: