Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP - Amy
Resepi asal : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA @ Dari Duniaku
Bahan bahan :
a) Adunan Tepung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning
Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.
b) Lauk dan eksesori:
200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis
1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
/ayam kisar, bawang besar, masukkan air
secukupnya hingga daging /ayam masak.
4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.
Proses masak cara berlauk:
1. Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
minyak.
2. Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
daun sup dan cili.
3. Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
boleh la angkat.
4. Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...
|
No comments:
Post a Comment