PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Thursday, January 2, 2014

NASI DAGANG TERENGGANU



Inilah pestime akak buat nasi dagang Terengganu. Beras nasi dagang dan rempah gulai bunga ros dah lama beli kat Ganu tapi buatnya tak lagi. Maka sempena Tahun Baru 2014 dengan semangat baru, akak try masak nasi dagang versi tanak n kukus. Resepi kidnap kat my resepi. Macih banyak2 pada penyumbang rsp ni sbb rasa sedap pulak le nasi dagang ni dari yg jual tu..hehehe.

Nasi Dagang Terengganu

Sumber : My Resepi (minami133)

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut (akak guna beras nasi dagang yg memang dah campur dengan pulut)
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air 
  •  
  • **GULAI IKAN TONGKOL**
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 
  • 3 ulas bawang putih $
  • 2 cm halia $ 
  • 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
  •  
  • **ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia. (akak masa guna rice cooker pastu nasi dah separuh masak terus kukus aje so takde teknik rendam2 ni ye heheheh)
  2.  
  3. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi. (akak masak step ikut cam masak kari je, tu lebih sempoi dr cara diatas ni heheh...kes nak cepat)
  4.  
  5. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.


No comments: