PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Tuesday, January 21, 2014

APAM PISANG GULA HANGUS


sebelum

selepas

jom ngappp
Kalau tak tau nak buat apa dengan pisang, jom kita belajar buat apam pisang gula hangus lak. Apam ni lembut dan sedap, rasanya sedikit berbeza dengan apam pisang biasa tu...hok ni akak letak gula hangus. Cara buat sempoi je dan tak sampai 1jam pun dah siap apam tu, makan panas2 sodap jahhh.... Resepi ni ternampak kat blog Madiha, macih ye Madiha..lama tak terjah dapur hang.Penyumbang resepi adalah Alongroz yg cantik jelita tu.

APAM PISANG GULA HANGUS
Resepi : Alongroz
Saiz: 8" bulat

BAHAN2: 

½ cwn Gula pasir 
1 cwn Susu Cair
3 sb Butter
3 bj Telur
1 cwn Gula Kastor (akak guna 3/4 cawan saja)
1½ cwn Pisang - Lecek
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali) 

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil menjadi gula hangus & masukkan susu sehingga menggelegak.  Tutup api & campurkan mentega.  Sejukkan.
2. Pukul telur & gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang & gaul rata.  Masukkan tepung* & gaul sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

No comments: