PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Thursday, January 10, 2013
CRANBERRY CUPCAKES
Assalamualaikum semua,
Dah lama rasanya tak share resepi. Oklah di hari Jumaat yg penuh barakah ini, harini maklang share resepi cranberri cupcakes. Nak jadikan muffin pun boleh, takde masalah.
Resepi ni kidnap kat blog biras maklang di www.zaiaziz.blogspot.com. Dah berkurun print resepi ni tapi tak buat2 sampai dah masuk tahun baru. Semalam tekak ni cam teringin nak makan kapkek, kebetulan ada masa pree maka ni lah hasilnya. Maklang olah skit resepi ni ikut bahan yg ada di rumah. Resepi ni sempoi giler, nak ingat sukatan pun senang. SELAMAT MENCUBA.
CRANBERRY CUPCAKES
Sumber : zaiaziz
Modified : maklangazie
Bahan2:
125g butter
125g gula castor
2 bj telur
125g tepung naik sendiri
42g fresh milk
dried cranberries
esen vanila
Cara Membuat:
Pukul butter + gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis dan esen vanila
Perlahan kelajuan mixer, masukkan sedikit tepung berselang seli dengan fresh milk.
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
Berhentikan mixer, masukkan dried cranberries dan gaul sebati
Masukkan adunan papercup dan bakar <>20', suhu ikut oven masing2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment