Sebenarnya snow cheesecake ni nak buat masa raya tempoh hari tapi dek kekangan masa maka projek ni terpaksa ditangguhkan. Kebetulan cuti 3 hari sempena sambutan Hari Malaysia maka maklang pun buat kek ni utk dibawa pulang ke kg. Alhamdulillah...kek cepat aje licin dlm masa 1 hari..tekstur kek lembut mcm kek span dan .rasa kek ni sedap sbb ada cheese ditengahnya pastu ditaburi pulak cheddar cheese diluarnya...memang sapa yg makan hari2 leh gebu badan..hehehe...
Bagi sesapa yg teringin nak cuba tu,bolehlah buat ye...tak rugi dan pd yg malas nak try tu, order ajelah ye...ada size kecik dan 9x9..Tkasih pada Sherry atas kesudian share rsp yg mabeles nih....
SNOW CHEESCAKE
Bahan-Bahan
6 biji telur
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong - mklang guna tepung gandum
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75 gram mentega cair
UNTUK SAPUAN ATAS
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- Putar kedua-dua bahan sehingga gebu.
UTK TABURAN
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
CARA-CARA MEMBUAT
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu.
Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan.
Tuang ke dalam acuan 9 atau 10 inci yang telah digris/alas dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak. (masa dan suhu ikut oven masing-masing)
Boleh potong potong kek menjadi dua lapis dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik.
Sapukan krim selebihnya sekeliling kek dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.
4 comments:
Salaam Mak Lang...
Kalaulah dapat dua potong ke tiga potong ke... sedap nih.. Mmm alang-alang nak mengecek, apa barang mintak sepotong kan... baik mintak dua tiga potong sekali gus... ngeh ngeh ngeh!
kenapa sy punya x naik...
Mmmmm so cheesy! TQ MakLang for sharing! Slmt Hari Raya Idh Adha to you!
suri - u kena pukul sampai kembang adunan tu baru le naik ...cam kita wat kek span tu...texture mesti jadi camtu..kalo bantat u buat tak betui...
Post a Comment