PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, July 29, 2012

UDANG GARING DAUN KESUM



Salah satu lauk berbuka semalam ialah udang garing daun kesum. Sedap jugak resepi chef Kamarul nih....tkasih pada Dayang sbb terliur tengok gambar udang dia tu yg maklang teruja nak try.Maklang c&p ajelah ye..malas nak taip.


UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Sumber : Dayang Jack
Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.

No comments: