PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, August 8, 2010

JOM PEKENA LAKSA SARAWAK...


..jemput makan


...kuah yg dah masak


..pes laksa hj.manan

Apa nak msk hujung minggu ni eh....chk dlm fridge ternampak pes laksa hj.manan yg mklang beli pd bulan june masa bercuti ke sana...check date, lom expired lagi...emmm...try masak laksa sarawak ajelah lagipun kakak mklang nak turun KL, bleh le mklang jamu mereka sekali. Sebelum mklang buat laksa ni, kena survey dulu rsp dan ter'stop' kat blog Dayang Jack...sebelum ni mklang ada simpan rsp dri cari.com...mklang combinekan resepi Dayang Jack ngan cari.com maka terhasillah laksa sarawak versi mklang lak..lengkali kena panggil cousin maklang yg berasal dr sarawak, rasa laksa sarawak versi maklang ni samada menepati sirim or tak..hehehe...tapi yg pasti, abih satu periuk....nampaknya kena order pes hj.manan ni thru online aje leee....

Mari kita saksikan rsepi yg telah mklang combinekan...

LAKSA SARAWAK
SUMBER : Dayang Jack & cari.com (pelancungan)


BAHAN
• 150 gm pes laksa Sarawak – mklang guna pes hj.manan
• 1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
• 200 gm udang basah
• 200 gm santan
• 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris) – mklang guna tauhu kering
• 100 gm tauge (dicelur)
• 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus)
• 1½ liter air
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 batang serai (diketuk)
• sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
• 1 helai daun limau purut (mklang tak letak pun)
• 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
• garam dan gula secukup rasa
• 2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)

utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara

1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.

2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj. (mklang campur ngan air rebusan ayam jugak)

3. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. (mklang tak letak daun limau purut pun)

4. Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

5. Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.

6. Sedap dimakan ketika panas.

7. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.

2 comments:

Rinnchan said...

Laksa Penang pun baru belajar-belajar nak makan masa mula2 mai utara dulu.. Ni muncul pulak laksa Sarawak ya. Nak kena pindah Msia Timur pulak gamaknya ni he he he..

Salam Di ambang Ramadhan Mak Lang. Maaf Zahir Batin yaa...

Liana said...

nampak sedap mmg! tp nampak cam leceh dan susah buat juga.. =(

susah ke??haha