PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, April 18, 2010

BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE




Dah lama tak share resepi so kali ni terajin lak nak try rsp brownies kukus lak...dah lama terliur bila terjah umah Hana jepun, bukan dia jepun tp duk kat jepun sana....Brownies ni mklang buat utk perjumpaan ngan kenkawan mklang pd 17/4 tu hari le dan rasa brownies ni chedapppp tak rugi mencuba...memang moist...

Resepi dah tempek pegilah wat sendiri ye....kalau rasa2 malas nak buat, ambik hp dial aje no tertera di atas tu yerk...order je abih citer...ekekeke...

BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE
Sumber : Hana (tqvm hana...mklang c&p aje nih..)

Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (beli kat kedai bakery)
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

• **inti cream cheese**
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air

Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..


SELAMAT MENCUBA.

8 comments:

MamaFaMi said...

Confirm.... teramat sedap! Rugi saper tak cuba!

boxhousestudio said...

setuju

Anonymous said...

salam..
maklang,nk tanye.maklang gune cream cheese ape???kat mane ade jual???

syalinda johari said...

salam maklang, sayer nk tnya, campuran brownies kukus (premix) tu nk dapatkan kat maner.maner2 kedai jual bahan2 buat kek ader ek?

iena hamdi said...

a a la kak.. campuran kukus tu kedai bakery yg kat sri gombak ada jual ker? saya ni pun tak reti gak nak berjalan..

Anonymous said...

mak lang... kite dh buat resepi nih n skali utk dijual...
mmg sedap!!!

anna said...

salam maklang,

saya baru jenguk2 blog maklang ni. anak2 memang suka brownies. saya mintak halal resepi2 maklang yang saya copy. halal dunia akhirat ye. terima kasih gak sebab sudi share resepi walaupun maklang buat bisnes dgn kuih2 ni. moga Allah membalas budi baik maklang berkongsi ilmu ni.

Dhaniya ShahNiza said...

As-Salam Mak Lang..

Ieza mohon C&P resepi ni n lain2 resepi as koleksi peribadi resepi Ieza ye..Ieza ni x bape terror masak..so resepi always simpan. :)Thanks kat Mak Lang sebab sudi share resepi ngan kami2.. :)Moga Allah permurahkan rezeki Mak Lang..berkongsi sesuatu yg baik itu adalah amalan yg mulia.. :)