Location

Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)

Emel :
nurzimah@gmail.com

HALALAN TOYYIBAN, BERSIH, SELAMAT DAN DIYAKINI

"Wahai sekelian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Surat Al Baqarah : 168)







Wednesday, September 30, 2009

NUGGET AYAM


NUGGET AYAM
Sumber : noormasri
Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
Cara-caranya
Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia dimakan bersama sos.

0 comments: