PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Wednesday, November 25, 2009

ORDER




50 pcs cc dan 50 pcs cistat ni order dari Mawar dan Idatul dari Bangsar. Tkasih kerana sudi order ngan maklang ye.

Friday, November 20, 2009

ORDER


50 pcs fruit tat ni repeat order dari cikgu Khadijah dari SBPI Gombak untuk mesyuarat kat sekolah. Tkasih cikgu ....tak jemu lagi order ngan saya.

ORDER


50 pcs coco tat dan 1 bekas triffle ni ordered by boss mklang. Tqvm boss....

Saturday, November 14, 2009

ORDER


Kek besday dan 100 pcs cistat ni order dr Iema, dr Taman Bt Muda. Tkasih ye Iema sudi order buat kali ke 2.
Kalo kek ni tak chedap, lengkali x yah le order yerk!

Tuesday, November 10, 2009

KUIH KERIA AKA KUIH GELANG


Teringin nak makan kuih keria buatan sendiri...dah lama tak buat...pagi tadi jenguk kat kedai takde lak ubi kaler kuning, yg ada kaler oren, oren pun oren leee....jemput makan yerk! Senang je buat kuih ni, kalo nak resepi tgk kat thread kuih tu ada ke tak...

Monday, November 9, 2009

ANEKA PERISA WAFFLE

Hajat yg sekian lama terpendam nak wat waffle sendiri akhirnya berjaya gak. Ank2 mklang suka makan waffle. Kalo ada org dtg cam bidan terjun, boleh le mklang wat waffle ni sbb tak perlu susah2 perah keringat ...cuma tuangkan aje tepung waffle mix yg boleh didapati di bakeri, cuma tambah air dan telur....pastu curahkan aje dlm waffle maker...taraaaaa.....dah siap. Tepung mix ni ada flava coklat dan plain so yg maklang buat ni flava coklat tu sbb kalernya agak gelap. Jemput makan ye....macam2 flava ada ni....peanut butter, bberi n coklat....pilih je mana satu yg suka.

Friday, November 6, 2009

FRUIT TAT LAGIK

Order yg ni lak spt biasa...cikgu Ana, regular cust. maklang nak 100 pcs ftat....baru terkenangkan cikgu ana, tup tup dpt call kata nak order....macih cikgu...psstt...tak muak ke makan ftat ni..eheheh.

AD-HOC ORDER






Kesemua order kali ni datangnya dari cikgu Siti Khadijah dan pelajar SBPI Gombak sempena majlis jualan di sekolah hari ini. Tkasih cikgu sbb sudi order ngan saya.

Tuesday, November 3, 2009

CHOCO CHEESE MUFFIN

Baru je siap muffin ni..masih panas lagi ....Choco cheese muffin ni maklang dah penah buat satu ketika dulu.... memang chedap....kali ni mklang buat lagi sbb nak perabihkan cis yg tinggal secoet dlm fridge.

Choce Cheese Muffin
Sumber : Ringgo (myresepi)

Bahan-bahan
140gm choco chip (mklang guna cooking choc.)
100gm cream cheese
80gm butter
2 biji telur size M (mklang guna sebiji utk gred A)
60gm gula
100gm tepung gandum
2sk baking powder

Cara-cara
Panaskan oven ke 180.
Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
Tambah gula dan kacau lagi.
Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
Masukkan kedalam bekas muffin dan bakar selama 20 minit.