PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Wednesday, October 30, 2013
SERI KAYA KARAMEL
Jom buat...sempoi je resepi mamak haji ni....
SERI KAYA KARAMEL
Sumber : Mamak Haji
BAHAN
1 cwn gula } buat gula hangus
1 cwn air }
1 cwn gula
3 bj telur
1 cwn santan pekat
2sb tepung jagung
CARA
Panaskan kuali dengan api dapur sederhana.
Masukkan 1 cawan gula utk dijadikan gula hangus (kramel).
Warna kramel inilah akan menjadi warna kaya anda, maka terpulang anda nak lebih brownish masak lama sikit
Kemudian, masukkan 1 cawan air kedalam gula hangus tadi perlahan2 dan kacau sebati
Tentukan kramel anda tidak menjadi keras ia perlu seperti kepekatan madu.Biarkan kramel ini sejuk sebelum digunakan.
Dlm bekas lain, ambil 1 cawan gula +3 biji telur dipukul sehingga gula sebati dengan telur.
Dlm satu bekas yang lain ambil 1 cawan santan pekat + 2 sudu besar tepung jagung,kacau
Panaskan kuali kembali dan masukkan gula kramel, panaskan. Sementara panas masukkan adunan telur dan santan tadi dan biarkan pekat seketika.
Sederhanakan api dapur dan masak sehingga lebih kurang 15-20 minit.
Seri Kaya anda telah siap. Isikan kedalam bekas dan simpan dalam peti.
Labels:
Lain-Lain Resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment