PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Sunday, October 27, 2013

PIZZA DENGAN SOS KEJU

sapu mayonis dan sos tomato/cili atas doh pizza
letakkan topping
tuangkan sos keju dan tabur mozarella
ketika dibakar
beginilah kejadiannya..
dan akhirnya.....lihat tu, bertali2 mozarella...aduiii hehehe


Pada pelajar saya yg nak resepi pizza yg saya hidangkan pada mereka tempoh hari, dibawah ini adalah resepi lengkapnya dan bolehlah cuba sendiri pulak ye! Resepi yang saya ambik kat blog Dayang Jack ni memang berbaloi utk dicuba...thks DJ, saya adjust skit ye!. Biasa saya buat pizza tak letak pun sos keju tp resepi dr DJ ni ada kelainan so apa lagi jom gebukan body..ehhehe...
Pizza base - beli readymix tu aje...kat hypermarket atau  bakery ada jual

Topping Pizza
Sumber : Dayang Jack 

  • 400g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega



Cara-cara : 
Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata..biarkan seketika. Masukkan sos spagetti dan mix herbs . Biarkan ia kering seketika. Kacau hingga pekat/kering.



Untuk Sos Keju :



* 1 1/2 cawan susu segar

* 1 sudu besar mentega

* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)

* 100g cream cheese

* sedikit lada sulah

* sedikit gula dan garam



Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • hirisan bawang besar
  • keju parut mozarella
  • chilli flakes
  • nenas/cili capsicum - saya tak letak sbb anak2 tak suka
***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!

Cara menyusun topping : 
Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

No comments: