PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Wednesday, November 12, 2014
KUIH NONA MANIS
Nampak renyah aje kuih ni tapi taklah seperti yg disangkakan....bahan sempoi je sebenarnya dan mudah sgt nak buat, rasanya yg enak lemak manis, sekali cuba pasti nak lagi.
KUIH NONA MANIS
Sumber : Azlita Masam Manis
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan ~ campur air sikit jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
- Satukan semua bahan dlm blender n blend sampai halus
Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis (nak mudah, guna pandan paste n campur dgn air 1/2 cwn)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple
Bahan C1 cawan santan pekat ~ campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan pun boleh
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.
Labels:
Aneka Kuih Muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment