Jom buat apam balik...tak susah ye adik2, senang je. Sekarangkan byk bahan naik jadi kita buat je kuih sendiri lebih berbaloi,leh sumbat banyak inti dalamnya...heheh...
APAM BALIK
Sumber : http://najjahomesweetiest-bites-yummy.blogspot.com
Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Cara2:
Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua
bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1
jam.
Nota akak : Boleh juga masukkan semua bahan dalam blender n press...lagi sempoi...pastu peram 1jam.
Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn
Cara
Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. Terpulang nak wat tebal mana. Tapi rasanyer resepi ni..lagi sedap utk yg garing...Tutup dgn tudung kuali atau apa saja yg buleh menutup kuali tu sehingga setengah masak. Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat.
No comments:
Post a Comment