PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Monday, December 30, 2013

SOTONG CELUP TEPUNG

Dah banyak resepi sotong celup tepung yg pernah akak try dan salah satu yg best adalah dari www.zzqah.com. Macih le pd empunya rsp. Ianya rangup jika ikut tips yg diberi tu ye. Resepi ni akak dah edit agar mudah dipahami.

SOTONG CELUP TEPUNG
Sumber : zzqah

Bahan
4 ekor sotong
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
3sudu besar tepung beras
garam
1 biji telur
air

Nota : Akak letak skit serbuk kunyi/rempah/serbuk cili

Cara
1.Potong sotong dan bersihkan, letak garam skit.
2.Campurkan kesemua tepung2 tu dan bahagikan pada 2 bekas. 1 bekas tu campurkan dengan telur dan gaul sebati, biarkan berketul2 tu takpe...just tambah air skit2. Masukkan sotong. Adunan kena pekat supaya dpt menyalut sotong tu.
3.Sotong tadi masukkan pulak dlm bekas tepung (tanpa telur) yg 1 lagi tu...gaul2 kasi sebati
4. Panaskan minyak dan goreng sotong tadi, pastikan minyak betui2 panas.

Gud Luck!

Tips
1. Jgn letak tisu bila dah angkat sotong tu sbb tu sumer tak membantu sotong anda jadi rangup sbb tisu akan menyerap minyak dan menyebabkan sotong anda jadi lembab semula. Caranya angkat guna penapis besi/ayan, biarkan minyaknya tos sendiri.
2. Jika sotong meletup, masukkan asam keping dlm kuali tu.
3. Buang kulit dan mata sotong sbb biasanya ia akan meletup, tu diaaa..kena minyak panas sedap tu..hehehe
4. Guna sotong yg baru beli, kalo yg simpan dlm fridge tu dah kecut dan liat skit, jadi lepas beli tu terus masak, takyah le nak peram dlm fridge...hehee
5. Pastikan minyak betui2 panas nak goreng utk memastikan tepung tak terpisah dgn sotong.



 

No comments: