PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Thursday, October 3, 2013

BLENDED ORANGE CAKE

Resepi yg popular satu ketika dulu, dah ramai bloggers yang buat, maka saya baru nak menerai. Resepi sempoi je nih...masuk je dlm blender prappp dah siap heheheh..



BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan

1 bji buah oren
1 cawan minyak
1 cawan gula halus

2 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
 

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.

Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C hingga masak.

No comments: