PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN
Sunday, August 4, 2013
RED VELVET CHOC.CHIP
Red velvet biskut le pulakkkk..hehehe...rasa mcm cchip yg biasa dibuat tu aje cuma letakkan skit kaler merah utk dptkan kelainan. Kalau nak nampak merah, kurangkan koko, hok diatas ni maklang ikut rsp tu yg kaler tak merah sgt.
RED VELVET CHOC CHIP
Sumber : resepi masakan kini
Bahan-bahan:
- 250gm mentega
- 100gm gula perang
- 50gm gula kastor
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 250g tepung
- 20g serbuk koko (mklang rasa boleh kurangkan koko jika mau biskut npk merah)
- Garam secukup rasa
- 200g Cip coklat putih
- 100g Badam dicincang - sanggai kejap
- 100g Hazelnuts dicincang (mklang tak letak)
-100g Cranberry kering (mklang tak letak)
- 1 sudu teh pewarna makanan merah
Cara menyediakan:
1. Ayak tepung, susu tepung dan serbuk koko. Gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
3. Tambah pewarna merah, cip coklat, kismis dan badam. Campuran sekata.
4. Tambah bahan-bahan yang diayak dan kacau sehingga campuran membentuk doh.
5. Sudu adunan cookie ke dulang pembakar yang dipenuhi dengan kertas pembakar.
6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 160C selama 15-20 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment