Dah lama tak buat biskut suji salju ni, tak silap maklang last maklang buat biskut ni sekitar tahun 2009. So tahun ni, gara2 nak perabihkan tepung suji maklang buat lagi sbb biskut ni sedap...sapa yg tak pernah buat tu, cubalah...tak rugi malah berbaloi....kalau jual ni laku peee...heheheh..Sekali makan mesti nak lagi wa cakap sama lu geng...(rock le pulakkk). Kalau tak caya , boleh tanya kak Ita Delight sbb penyumbang asal resepi ni dari toke biskut yg pemes tu lee....Tq ye kak Ita muahhh..
BISKUT SUJI SALJU
Sumber : Rozita Delight
BAHAN A :-)
150g minyak sapi
100g mentega
100g gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur
BAHAN B :-)
100g cornflakes, dikisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji (semolina)
BAHAN C :-)
280g tepung gandum
Susu tepung secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
- Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...
Nota maklang : utk salutan boleh guna susu everyday , tak perlu letak gula. Kalau susu tepung bakeri kena letak gula icing ye puan2 semua..hehe)....jgn letak susu ibu lak ye!
Kalau nak buat apa saja jenis biskut tak perlu guna mixer yg darling2 semua, kang biskut jadi tembam, cukup sekadar guna whisker atau sudip kayu je.
No comments:
Post a Comment