PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Tuesday, January 13, 2009

RAISIN MUFFIN WITH CHOC.


Raisin Muffin with Choc.
Sumber : yani (myresepi)
Bahan-bahan
120g mentega- suhu bilik
150g gula perang
20g gula halus
2 biji telur- large size
300g tepung gandum
1 sudu besar baking powder
120ml susu segar 200g raisin/dried fruit
90g coklat-potong kecil-kecil (mklang guna c.chip je..)
*Bahan utk Crumble*
14g almond powder
25g tepung gandum
25g mentega(cold butter)
25g gula halus
Cara-cara
Pukul mentega sehingga jadi bentuk cream.
Masukkan sedikit demi sedikit gula perang dan halus sambil dipukul.
Pukul sehingga kembang.
Masukkan sedikit demi sedikit telur iaitu 1/3 dan pukul.
Masukkan 1/3 lagi dan pukul. Buat sampai habis.
Ayak tepung dengan baking powder
Masukkan 1/3 daripada tepung yang diayak tadi
Kacaukan Masukkan pula 1/2 drp susu segar dan kacau dengan kaedah kaup balik supaya udara masuk ke dalam adunan.
Ulang langkah tadi sehingga habis
Masukkan pula raisin dan coklat. Kacau biar rata. Kalau nak nampak cantik raisin tu bolehlah dicincang halus.
Isi penuhkan bekas muffin dengan adunan tadi.
Sediakan crumble :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul dengan tangan sehingga jadi macam serbuk roti.
Taburkan crumble ke atas muffin.
Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
Turunkan suhu sehingga 170C.
Bakar lagi sehingga 5~10 minit atau sehingga masak

No comments: