PRODUK MUSLIM . BERSIH. SUCI. HALALAN TOYYIBAN

Wednesday, March 27, 2013

MAKLUMAN SEMUA .

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua, tak kiralah samada yg duk tepi tingkap, yg duk jeling2 kat blog saya ni semoga anda semua beroleh rezeki yg halal lagi dberkati. Pada yang nak copy paste resepi kat blog saya, saya halalkan, tak perlu mintak izin sebab resepi yang saya share diblog saya ini memang untuk perkongsian bersama. Untuk bekas pelajar saya, dibenarkan ambil gambar di blog saya ini untuk tujuan biznes mereka. Yang BUKAN pelajar saya tak dibenarkan untuk kidnap gambar disini ye, resepi boleh ambik tapi gambar tak boleh ye darling2 semua. Tunjukkan hasil dari air tangan sendiri adalah lebih baik.

Sebenarnya saya nak bercakap sedikit aje buat makluman anda yang berhajat utk belajar dengan saya terutamanya KELAS SLICE CAKE. Kelas kek potong atau dikenali slice cake yang saya ajar hanya menggunakan kek sponge. Ilmu yang saya dapat dari chef  tersohor ni hanya menggunakan kek sponge aje dengan adunan butterkrim yang tak mudah cair. Jadi tak hairanlah kalau kek-kek potong ni sesuai untuk sebarang jamuan dan juga jualan di pasar malam, cafe atau kantin. Slice cake tu bukan kategori 'kek yg heavy'...biasanya decoration utk slice kek simple je dan kebanyakan menggunakan kek sponge.

Jangan ada yang silap faham berkenaan kelas ini sebab ada yang duk anyam ketupat dibelakang saya pasal kelas ni. Kalau datang kelas saya untuk anyam ketupat lebih baik jangan datang ye. Kelas saya ni tak setaraf dengan mereka yang terkenal namun saya bersyukur sbb dpt berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat. Pada mereka yang mampu utk bayar ratusan ringgit silalah pergi belajar dengan cikgu2 yg terkenal...tepuk dada tanya poket sendiri aje. Saya buat kelas ini untuk orang yang ingin mencari ilmu dan berniaga dengan kos yang murah sebab tak semua antara kita mampu pergi ke kelas yang mahal sebab ada pelajar saya terdiri dari ibu tunggal dan ibu yang tak bekerja.

Saya bukan mengajar nak mengaut keuntungan semata-mata, harta dunia ni tak kemana, tak boleh dibawak mati pun.  Kekayaan, ilmu dan anak adalah nikmat Allah yang berupa amanah yang dipinjamkan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA termasuklah jugak ilmu yg saya ada ni semua milik Allah dan tugas saya utk menyampaikan aje. Semua manusia wajib berusaha untuk meraih wang ringgit, harta, ilmu dan anak; namun jangan lupa bahawa segalanya itu harus digunakan seperti dihendaki Allah sebagai lambang kesyukuran kepada Allah yang telah memilih kita untuk memiliki semua itu.
 
Jika mahu kekayaan, ilmu dan zuriat keturunan masih dirasai nikmatnya sesudah kita mati, pergunakanlah segala nikmat itu dengan cara yang betul dan tepat. Anggaplah ia sebagai amanah yang mesti dijaga, ingatlah untuk bersyukur dan perbanyakkan memberi dan berkongsi nikmat yang diperolehi dengan sesama manusia…

Insya Allah.. ketiga-tiga nikmat itu akan tetap dinikmati sesudah mati. Wallahu’alam.


ADA 3 MILIK MANUSIA
YANG BOLEH DIBAWA MATI
1. Harta yang halal yang disedekahkan, diwakafkan dan digunakan untuk kebaikan.
2. Anak yang didik dengan baik sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah.
3. Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain dan orang itu juga memperoleh manfaat daripada ilmu tersebut.


No comments: