Location

Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)

Emel :
nurzimah@gmail.com

HALALAN TOYYIBAN, BERSIH, SELAMAT DAN DIYAKINI

"Wahai sekelian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Surat Al Baqarah : 168)







Wednesday, September 30, 2009

NUGGET AYAM


NUGGET AYAM
Sumber : noormasri
Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
Cara-caranya
Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia dimakan bersama sos.

Sunday, September 13, 2009

KAD RAYA DARI MAKLANG UTK ANDA


Terimalah kad raya yg tak seberapa ini dari maklang utk dibawa pulang dan dihiasi di dinding umah...

Di kesempatan ini, maklang ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.... jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, gurau senda yg menyinggung perasaan....samada yg sengaja maupun tak sengaja, sepuluh jari ku hulurkan....
Kitchen maklang akan bercuti selama seminggu dan akan dibuka semula pada 28/9/09...insyaAllah...

CARTA HITS 2009 - BISKUT DENMARK

Hari ni berakhirnya sesi bakor kuih raya wpun ada tambahan di saat akhir tapi alhamdulillah...settle sudah.....yabedabeduuuuuu....Tahun ini maklang hadkan tempahan utk bkut kerana nak cepat siap b4 10 akhir Ramadan....Oven pun dah kena selimut ...bior dia rehat sbb letih bekerja ...ciannn..nanti sakit sapa yg susah...mklang jugak yg susah...eheheh..

Bagi tahun 2009 calon2 bkut yg bertanding adalahhhhhh.......
biskut denmark, snow almond, suji salju, makmur, croquant, greenlace,tat nenas, almond london, double cchip, semperit
dan pemenang bagi kategori bkut paling hits 2009 jatuh kepadaaaaa.....drum plzzzz.....jeng jeng jeng...
BISKUT DENMARK......bagi tepukan gemuruh wat si denmark tu ye...baru pertama kali bertanding dah menang....muahahaha....diikut suji salju dan snow almond yg menduduki markah seri....eheheheh...
calon2 yg tak berjaya tu cuba lagi di tahun hadapan...(cam artis le pulok bkut maklang ni...ekekekek).

KAD RAYA KAWAN CYBER...TKASIH









KAD RAYA

Kad raya pertama datang dari kak azah nun jauh di Sabah. Tkasih kak zah, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

Thursday, September 10, 2009

BLACK & WHITE COOKIES


Dengar nama cam best, tgk rupa ngeri tapi rasa umphhhh....hehehe...hitam2 pun chedappppp.

Black & White Cookies
Sumber : sarah jasmine (Rnet)

Bahan
113g butter
80g brown sugar
50g granulated sugar
1 egg 1tsp vanilla
140g all purpose flour }
30g coco powder }
½ tsp baking powder } ayak
¼ tsp baking soda }
1/8 tsp salt }
200g white choc. chips

Cara
1. Pukul butter & gula…campur telur dan esen. (kacau ngan whisker je)
2. Campur semua bahan yg diayak ke dalam adunan.
3. Masukkan white choc.chip
4. Bakar dengan suhu suhu 175C selama 20’ - ikut oven masing2 wokeyyy…)

BISKUT SEMPERIT


Biskut Semperit
Sumber : norazie

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.

SWEET TAT

Ni pun sama gak...resepi 3 thn lepas....sekali ni je mklang buat tat munger sbb tgk org buat cun aje..kita pun gatai p cuba tp maklang suka tat gulung lagik.

Sweet Tat
Sumber : ResipiNet

Bahan
250g butter
70g gula halus
1 biji telur } ambil kuningnya saje
1sk esen vanila
350g tepung gandum
50g tepung jagung

Cara
Pukul butter + gula hingga sebati (maklang pukul ngan whisker je...)
Masukkan kuning telur dan esen vanila...kacau
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata Bakar dengan suhu 170 selama 15’...(ikut oven masing2)

DELICIOUS CREAM CHEESE COOKIES


Ni resepi zaman tok kadok dulu...masa kat Fp. Kalo ada belen2 cis tu bleh le wat kukis ni lak.

Delicious Cream Cheese Cookies
Sumber : auntyyochana

Ingredients:
150 gm. Butter
80 gm. cream cheese
125 gm. icing sugar
1 tsp. vanilla essence
200 gm. plain flour
1 egg yolk
80 gm. cornflour
1/2 tsp. baking powder dash of pink colouring
1/2 tsp. strawberry emulco

Method:

(1) Cream butter, sugar and cream cheese till soft and creamy.

(2) Add in vanilla essence and egg yolk.

(3) Add in plain flour, cornflour and baking powder and mix till a soft pliable dough is formed.

(4) Take some dough and add in pink colouring and strawberry emulco.

(5) Chill both dough in the fridge for about 30 mins.

(6) Roll out uncoloured dough on floured surface and cut into shapes of your choice.

(7) Roll out the pink coloured dough and cut into tiny heart shape and place on top of the uncoloured cut out dough. Can use some egg white to stick.

(8) Place onto baking tray and bake in a preheated oven at 150C for about 20 - 25 mins. or until lightly browned.

(9) Cool well and store in airtight containers Nota : maklang tak bahagikan dua, main sekali bancuh ngan stroberi emulco so takder nampak part yg plain kaler... :-D

GHEE TART


Akhirnya dapat jugak maklang cari kelainan resepi dlm membuat tat gulung. Kali ni maklang try ghee tart...buat sendiri punya dan juga utk customer.....Tengok pada nama mestilah menggunakan ghee dan rasanya agak enak. ..memang kena pada tekak maklang resepi ni.. Tkasih byk pada kak ita delight yg tak lokek menyumbang resepi yg sedap2...jadi apa tunggu lagi cepat le kayuh, raya tak lama lagi nih...tak buat nyesal nanti......hehehe....


GHEE TART
sumber : kak ita

Bahan
A.
250 g butter
2 bj kuning telur
3 sudu besar myk sapi
3 sudu besar gula castor
B.
350g tepung gandum
secukupnya inti jam

Cara
Sebatikan bahan diatas hingga rata. Masukkan tepung dan uli jadi doh yg lembut.

Saturday, September 5, 2009

KACANG PHOOL

Kacang phool ni menu bukak poser semalam...resepi combination Hajah Kamisah dan Mami Penang...walaupun ni pestime buat tapi sedap jugak rasanya.
Kacang phool
Kacang phool - airnya dibuang dan kacangnya dibasuh sbb masin....pastu lenyek jgn sampai hancur.
Bahan kisar:
Halia
Bwg merah
Bwg putih
Cili kering
Jintan manis
Jintan putih
Lada hitam - tumbuk
Lada sulah
Kari daging
Daging kisar
Garam masala
Air asam jawa
Garam
Cara
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan daging...biarkan sekejap hingga empuk.
Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati....masukkan sedikit air supaya tak kering.
Cara hidang
Telur mata
Cili hijau
Limau kasturi
Roti (tak kisah le apa2 roti...roti benggali pun ok)

BISKUT MAKMUR


Cuti 2 hari ni pulun2 siapkan order untuk cust. Ni le pestime maklang wat bkut makmur tu pun cust. nak sangat dr. thn lepas tak dapat2.....harap cust. mklang ni suka bkut makmur yg maklang buat sbb kita bkut tradisional idak le pandai benor tu pun puas ku cari info kat intenet..ialah kena wat research dulukan b4 on sesuatu projek tu..hehe..cam le bisnes ribu riban...padahal cust. nak 2 balang je..ekekeke..tu pun jenuh nak siapkan 2 balang...dugaan banyak bulan poser nih...hehe
Resepi ni kidnap dari kakliza tapi bab inti tu maklang modipai ye.
Biskut Makmur
sumber : kakliza
Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]
Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus (maklang guna susu pekat sesedap rasa utk menggantikan gula)
Gula icing [untuk salut kueh]
Cara
1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Friday, September 4, 2009

ORDER

Cc ni diorder oleh Yati. Maklang tak tau le samada Yati datang ke tidak ambik cc ni esok sbbnya hp maklang tertinggal kat opis....mklang tak tau camner nak call si Yati ni....manalah tau kot2 pagi esok dia call pulak bertanyakan umah adehhhhh......kira nasib le ni...harap2 yati jenguk le kat blog maklang ni ..tel umah 61863035

Thursday, September 3, 2009

MEE REBUS



Esok cuti, apa kata kita wat mee rebus lak...sempoi aje nih tapi ceritanya lebih tu yg nampak cam panjangnya resepinya.


Mee Rebus Keluarga Diana

sumber : diana



Bahan-bahannya

2 kilo mee kuning, dicelur

1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel

4 biji keledek, direbus dan dikisar

1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

3 ulas bawang putih, dikisar

3 biji bawang merah, dikisar

1 inci halia, dikisar

1/2 cawan udang kering, dikisar

3 batang serai, dititik

1 inci lengkuas, dititik

5 sudu makan rempah kari daging garam, gula dan serbuk perasa secukupnya minyak untuk menumis



Bahan Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering, dikisar

80g tepung gandum

¼ camt serbuk kunyit garam

air secukupnya

minyak untuk menggoreng



Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

*Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini


Bahan Hiasan tahu yang digoreng, dipotong kecil daun sup, dimayang bawang goreng telur rebus, dibelah dua lada hijau, dipotong bulat taugeh, dicelur limau kasturi, dibelah dua





Cara-cara untuk Kuah

Panaskan minyak dalam periuk.

Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.



Cara untuk menghidang

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

TELUR BUNGKUS



Jom kita wat telur bungkus lak utk buka poser petang nanti.



Telur Bungkus

sumber : diana



Bahan-bahannya

5 biji telur

200 gm daging lembu - direbus & dicincang

200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)

3 ulas bawang putih - dicincang

1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 cm halia - dicincang

1 sudu besar rempah ikan/nampla sauce/oyster sauce

2 sudu besar sos tomato

Sedikit garam & gula

*Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.



Cara-caranya

Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar.

Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang.

Kemudian tambahkan sos tomato, garam dan perasa.

Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan).

Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat.

Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar.

Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.

Wednesday, September 2, 2009

DAGING RENDANG NASI KANDAR


Apa lagi maklang nak share...emmm...resepi daging lak ye...

Daging Rendang Nasi Kandar
Sumber : Variasi Masakan Mami

Bahan
600g daging batang pinang ?dipotong nipis & dibersihkan (air rebusan maklang masukkan sekali dlm masakan)
Bahan kisar
20 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
Halia

3 biji bwg besar - potong bulat dan nipis
Daun kari
2sm kicap manis } maklang guna kicap kipas udang saje
2sm kicap masin } tak letak pun
Air asam jawa
1 btg serai - titik
Garam
Air secukupnya

Cara
Rebus daging dengan air dan daun kari hingga empuk dan airnya tinggal sedikit.
Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga bau wangi. Masukkan daging yg direbus tadi.
Masukkan air asam jawa, kicap dan bwg besar.
Setelah kuahnya pekat, masukkan garam serta serbuk perasa..kacau rata..tutup api

SAMBAL GESEK PEMBUKA SELERA



...tak tau apa nak masak tapi nak yg jenis simple boleh le try ni...tak tau lak namanya sambal gesek...tau mencekek jerk dulu.....hehehe....teringat nostalgia lama, mak maklang cakap, 'tumbuk cili api tu ngan ikan bilis, pastu perah asam limau'...biasanya bila patah selera, wat ni aje pun dah cukup.





SAMBAL GESEK



Bahan

Cili padi

Ikan bilis }dibasuh dahulu

Perahan asam limau

Garam



Cara

Tumbuk kesemua bahan diatas tp jgn hancur sangat dan perahkan asam limau..taraaaa...siap dah.

Tuesday, September 1, 2009

KERABU TOMATO DAN BILIS

Menu buka yg simple dan cepat bagi ibu2 yg bekerja....hehehe...malas sebenornya.

Kerabu Tomato dan Ikan Bilis
Sumber : mamazieza

Bahan :
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris sedikit
cili padi - dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris

Cara :
Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.
Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau....