Location

Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)

Emel :
nurzimah@gmail.com

HALALAN TOYYIBAN, BERSIH, SELAMAT DAN DIYAKINI

"Wahai sekelian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Surat Al Baqarah : 168)







Monday, March 30, 2009

KELAS BROWNIES & CARROT CAKE - 29/3/09




Kelas ini untuk Su dari Pandan Indah dan Mia dari Cheras. Tkasih kerana sudi belajar ngan maklang dan maklang mintak maaf jika ada terkasar bahasa semasa mengajar dan kalau ada apa2 pertanyaan sila ajukan pada maklang almaklum kelas semalam terpaksa diekspresskan kerana mengejar masa.

Saturday, March 28, 2009

KELAS SROLL & CHEESETART - 28/3/09



Kelas kembali semula setelah lama merehatkan diri. Kelas kali ini diminta oleh Halimah dari Puchong. Tkasih ye sbb sudi belajar ngan saya.

Wednesday, March 25, 2009

MY CUPPIES




Mklang nak share resepi coklat cc yg sedap dan biasa maklang buat utk tempahan dan kelas. Ni gambar cc dahulu kala...utk majlis cukur jambul anak buah mklang.

Simple Choc. Cake
Sumber : lizcookies
Ing. A
2 cups all purpose flour
1 1/2 cup coco powder ( mklang guna 1 cup aje)
2tsp b/powder
2tsp s/bicarbonate
3tsp nescafe a pinch of salt (mklang tak letak)
Ing.B
2 cup castor sugar
1 cup cooking oil
1 cup susu cair
3 egss
Ing.C
1 cup hot water (mklang guna 3/4 cup)
Method
In a large bowl, combine A...mix well. In another separate bowl, combine ing.B..mix well. Add both and mix them until well incorporated Lastly add in the hot water Bake for 60'/160C (mklang msk dlm papercup...bakar 20'..suhu 175C)

Thursday, March 19, 2009

ORDER



CC bunga ros ni order dari mamamia utk ibunya ...selamat hari jadi utk ibu mamamia ye....semoga dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.....mintak maap bebanyak kalo bunga ros tu tak cun eh.....

Friday, March 13, 2009

KEK MARBLE SUSU


Kek marble susu ni bukan utk cust. tapi sengaja maklang buat untuk bawa balik ke kg. Justeru itu, segala order stop wat sementara waktu sehingga Rabu 18/3/09...Maklang nak merehatkan diri dan minda hehehehe.....

KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan :
250gm butter
230gm gula caster
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour (mklang guna tepung gandum)
1 camca teh baking powder
66gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

ORDER


100 pcs cistat ni diorder oleh Liza dari Greenwood...tkasih ye sbb sudi order ngan maklang....hati2 di jalan raya tika balik kg tu ye...semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju...

Wednesday, March 11, 2009

BLACK BOTTOM CUPCAKES


Black Bottom Cupcakes
Source : Joy of Baking
Cream Cheese Filling:
227g cream cheese, room temperature
70g gula castor
1 large egg
1/2 tsp esen vanila
Chocolate Cupcakes:
210g tepung gandum
210 g light brown sugar (mklang campur ngan gula putih)
30g cocoa powder
1tsp baking powder
1/4tsp garam
240ml water
80ml minyak sayuran
1tsp esen vanila
Method Cream Cheese Filling:
In your food processor or electric mixer beat the cream cheese until smooth.
Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth.
Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter.
Chocolate Cupcakes:
First, in a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt.
In a separate bowl mix the water, oil, and vanilla extract.
Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth.
Evenly divide the batter among the 12 muffin cups.
Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each cupcake.
Bake in the preheated oven for about 25 minutes, or until the cream cheese filling is a little brown and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean).
Remove from oven and place on a wire rack to cool.

CHEWY GOOY YUMMY BROWNIES


..yg ni pun bukan gambo baru tapi zaman tok nenek dulu...hehehe...ramai yg dah test power....chedappp....bg yg belum jgn ketinggalan lrt lak ye!

My Chewy Gooey Yummy Brownies
sumber : kak mas
Bhn
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan
Cara
1. Panaskan oven suhu 150C. Sediakan dan alas tray 12X12.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan choc emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 150C/-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. 8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad

Cuppies dolu2...




..ni bukan gambo baru tapi gambo lama ..zaman masa train jari2 ni main ngan nozzle....hehehe...

Monday, March 9, 2009

KELAS CC - 9/3/09



Kelas cc untuk Yani dan Aida dari Kajang. Tkasih ye kerana sudi datang jauh2 belajar ngan maklang....Maklang mintak maap terlupa pulak nak ambik gambo korang berdua...sib baik ada gambo cc ni...adehhhh...maklum le...umur dah masuk senja ni asik lupa memanjang.

Sunday, March 8, 2009

ORDER







Cc dan Fc ni diorder oleh Zenith dari Sri Damansara untuk majlis cukur jambul anak buahnya yang bernama CINTA dengan tema pink barangan baby. Maklang tak pandai lukis, hanya takat itu aje yg tau...hehehehe....salah silap ya ampunnnnn.

KELAS FANCY COOKIES & BROWNIES - 7/3/09






Hari ni kelas FC terbahagi kepada 2 sessi....sesi pagi di didatangi oleh 2 orang ibu muda yang cantik dan ayu. Intan (kiri) dari Shah Alam sementara Liza(kanan) dari Serendah. Pandai mereka mendeco lebih2 lagi si Intan yg sungguh kretif....tengok pada caranya maklang dah agak ni bukan calang2 orang yg mendeco ni, mesti ada kemahiran sebelumnya...sohehhh...tokeh cc rupanya....Terima kasih ye kerana sudi datang belajar dengan maklang.

Untuk sesi petang pulak diminta oleh Kak Ita dari Labuan...kebetulan masanya yg amat terhad dan kepulangannya ke KL hanya bbp hari saje, jadi maklang terpaksa le buat kelas ekspress FC dan brownies untuk Kak Ita ni...Tkasih kak Ita kerana susah payah dlm keadaan yg tak mengizinkan akak sanggup datang ke rumah saya.

Thursday, March 5, 2009

KEK GULA HANGUS


Kek Gula Hangus
Sumber : Pn. Halimah

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

BANANA CHOC. MUFFIN


Banana Choc. Muffin
Sumber : yani

Bahan-bahan
• *170g tepung gandum
• *30g serbuk koko
• *130g gula
• *1 sudu kecil baking powder
• *secubit garam
• *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
• >2 biji telur
• >75ml minyak masak
• >100ml susu segar
• >sedikit vanila esen
• >2 biji pisang

Cara-cara
Panaskan oven sehingga 170C.
Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor.
Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok) Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.
Cedukkan ke dalam cup muffin.
Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Nota : maklang campurkan sekali bahan kering, gaul sebati pastu baru curahkan bhn cecair...

BLUEBERRY CHEESTAT

As promised, mklang tak ingat sapa yg request nak resepi blueberry chistat ni....

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

Sunday, March 1, 2009

KELAS TART & BROWNIES - 1/3/09





Azimah anak murid maklang terdahulu datang lagi utk belajar buat cistat dan brownies pulak.
Sib baik bawak anak dara tu, boleh tolong mamanya gentel pastry cistat. Tkasih ye sbb sudi datang belajar lagi ngan maklang...salah silap maaf dipinta.