Kelas bulan ini diakhiri dengan kelas kek coklat dan tart. Kak Ju dan anak daranya dari Tmn Batu Muda. Tkasih Kak Ju kerana sudi datang belajar ngan saya yg ilmu tak banyak manapun. Deco kek simple ditibai saja oleh kak Ju dan anaknya...hehehehe...takpe...walaupun tak minat mendeco tapi bakat tu ada skit dlm diri..........takkan nak bawak balik kek togel lakkan jadi kenalah makeup skit2 supaya nampak le serinya....hehehe
Location
Address : No. 174, Jalan Samudera Selatan 7,
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Taman Samudera, Batu Caves, Selangor
(berdekatan Giant Bt.Caves)
Emel : nurzimah@gmail.com
Friday, February 27, 2009
Thursday, February 26, 2009
AIS KRIM GORENG
Photo atas - yg dibelah 2
Photo bawah - yg disiap digoreng
Dari dulu nak try buat eksrim goreng....tapi bila dah ada eksrim, tak buat pun.....tak sampai berapa hari dah licin hehehe....tapi kali ni bertekad nak buat jugak akhirnya sukses... sukse...hehehe......rasanya sedap kalau diselimut ngan cornflakes n almond...cubalah.
AIS KRIM GORENG
sumber : yani
Bahan:
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
1 biji telur (mklang guna putih telur)
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts (mklang letak almond)
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya
Cara
Scoop aiskrim
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola.
Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Campurkan conflakes dan walnuts/almond ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap.
Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts .
Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur.
Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut.
Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer.
Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
Panaskan minyak.
Panaskan minyak.
Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat.
Angkat dan bolehlah terus makan.
Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.
Nota maklang : maklang buat camni.....lepas scoop eksrim dan digolek ngan cornflakes, maklang biarkan overnight pastu keesokan harinya baru golek dlm telur dan golek lagi sekali ngan cornflakes dan almond pastu terus goreng...kejap je terus angkat.....jadi kena goreng sebiji2 ye....
gud luck!
Labels:
Aneka Puding
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Dia Kekasih Allah by Hijaz
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
Labels:
Rehat Sejenak
Tuesday, February 24, 2009
KEK PISANG CHOC. RICE


Kek Pisang Choc. Rice
Sumber : mamazieza
Bahan
250 gm butter
190 gm sugar/brown sugar (mklang guna brown sugar)
1 st ovalette
4 eggs
1 tsp vanilla
275 gm flour }
1 tsp baking powder } ayak
1tsp bicarbonate soda}
250 gm mashed banana (mklang guna pisang emas)
100 gm chocolate rice
Cara
Beat the butter and sugar until white and fluffy, then add one egg at a time together with the ovalette. Then add in the banana. After it is all mixed nicely, pour in the flour which has been sifted with the raising agent. Lastly do not forget the chocolate rice... Just mixed it lightly. Then you bake it, cool it and eat it... yummy.. yummy Nota : mklang buat 1/2 adunan dapatlah banyak itu
Labels:
Aneka Cake
Monday, February 23, 2009
KELAS MUFFIN - 22/2/09
Kelas muffin untuk Zai dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kalau tengok si Zai ni siapkan muffin, macam lipas kudung....hehehe....dan oleh sebab itu, kelas pun abih cepat....apa taknya, toke cc dan cake rupanya dia....Ok zai, lepas ni, jangan takut2 ambik order muffin tau....ilmu dah ada, apa lagi kayuhhhhhhhhhhhh.....eheheheh
Zai takmo diambil gambarnya jadi anak dara dia le jadi tukar ganti...ehehhe
Labels:
Kelas
Saturday, February 21, 2009
KELAS CC - 21/2/09
Kelas cc untuk Zaiton dari Danau Kota...tkasih kerana sudi belajar ngan maklang...mohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa semasa mengajar...dan maaf jua jika ku sergah anakmu macam ku sergah anakku juaaa....ehehhehe....adehhhh....nak gelak pun ada...riuh rendah lak kelas hari ni ye wpun anak murid sorang aje..
Labels:
Kelas
Wednesday, February 18, 2009
ORDER
Kek kukus coklat ni ordered by Zifa.....saje je dia nak ngetest sedap ke tak sedap kek yg maklang buat ni...hehehe...tak sedap mintak maaplah ye...kalo sedap tu order le lagi. Zifa nak kek ni dilukis ngan upin dan ipin...bukan budak je suka, maklang pun suka .....maklang tak pandai sangat lukis kartun ...sib baik tak jadi anak toyol...heheh..
Labels:
Cakes
Tuesday, February 17, 2009
TAG FROM AISYAH
Homework kat umah dah surut.. dapat lak homework baru ...adehhh...peluh pun belum kering lagi nih....heheh tapi takpe, org kasi kita terima ngan hati terbuka cuma cepat n lambat ajelah.
Huhuuuu....ada spesifikasi lak tag ni ....sib baik memenuhi syarat.
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged
Gambar di atas tu dari folder ke 6 dan gambar ke 6...maka terteralah gambo mak maklang dan anak dara maklang..Gambar diambil masa Hari Raya tahun 2005...masa tu anak dara maklang tu baru darjah 6, la ni dah form 4 dahhhh...cepat tul masa berlalu kan....pejam celik dah putih rambut yerk...hehehe...
Maklang takmo le tag sapa2 kali ni....hahhh...mesti lega korang eh tak kena tag....
Labels:
Tag
APAM PISANG COKLAT
Apam aka Muffin Pisang Coklat
Sumber : Kakliza
Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam
Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]
Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak
Labels:
Kuih Muih
Monday, February 16, 2009
BANANA CRUMB MUFFIN
Tkasih pada Jeni, Ktun, Mamafami, Jasmeen yg telah menghangatkan lagi muffin banana crumble ni.....jadi teman takmo ketinggalan nak ngetest power gakkk....hehehe...
Banana Crumb Muffin
Source : allrecipe.com
Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3 bananas, mashed
3/4 cup white sugar (mklang ganti dengan brown sugar)
1 egg, lightly beaten
1/3 cup butter, melted
1/3 cup packed brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon ground cinnamon
1 tablespoon butter
Method
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt.
In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter.
Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened.
Spoon batter into prepared muffin cups.
In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal.
Sprinkle topping over muffins. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.
Labels:
Aneka Muffin
Saturday, February 14, 2009
KUIH BAKAR
Kuih Bakar Kak Saba
Sumber : Rnet
Bhn
3 1/2 cwn santan
5-6 biji telur
2 cwn gula (mklang rasa elok kurangkan skit)
1/2 cwn air pandan (dari 10 helai daun pandan)
2 cwn tepung gandum
bijan
Cara
Gaulkan gula + telur = hingga hancur
Masukkan semua bahan lain kecuali bijan
Tapiskan adunan dan masukkan dlm loyang yg telah disapu majerin
Bakar selama <>45'-1 jam suhu 180C
Taburkan bijan bila setengah waktu membakar
Petua Kak Saba
Bakar kuih api bawah dulu 1/2 jam pertama dan selebihnya bakar api atas pulak.
Kalau tiada daun pandan, guna 4 cwn santan + 1st pandan emulco.
Potong kuih bila dah sejuk
Labels:
Kuih Muih
Tuesday, February 10, 2009
NASI GORENG IKAN MASIN THAI STYLE
Nasi Goreng Ikan Masin Thai Style Sumber : Che Iza
Bahan-bahan ( 2 org )
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)
Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi.
Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.
Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....
Nota : maklang campur telur hancur n tabur bawang goreng dan daun sup dan tak perlu garam coz sos tiram, ikan jeruk masin dan sos nampla dah cukup masin.
Labels:
Aneka Nasi
TIRAMISU

Tiramisu Simple
Sumber : cikgu sue
Bahan
250g krim cheese
250g whipping cream
100g gula
1st vanila
1-2sb coco powder/coffee powder
choc. swissroll
coco powder for dusting
Cara
Pukul krim cheese + 50g gula hingga gebu....ketepikan.
Pukul whipping cream + 50g gula hingga gebu.
Campurkan kedua2 adunan chis dan whip cream dan gaul dengan senduk aje...masukkan vanila dan coco powder....gaul sebati until combine.
Penyediaan
Potong sroll dan susun dlm bekas Ayak coco powder sedikit atas sroll.
Letakkan adunan cheese tadi...ratakan.
Ulang dengan sroll, coco dan cheese sehingga habis Simpan dlm fridge overnight.
Labels:
Aneka Puding
CHOC. BROWNIES

Brownies
Sumber : kak mas
Bahan A-cairkan
150g butter
220g cooking choc.- ptg kecik2
Bahan B – gaulkan
260g brown sugar
2 biji telur
100g fresh milk
1st vanilla
Bahan C – ayak
200g tepung gandum
50g coco powder
1st baking powder
½ st soda bicarbonate
150g almond/walnut/pecan
Cara
1. Ayak bahan C, jika bubuh kacang, gaulkan dalam tepung yg diayak...masuk dlm mangkuk
2. Cairkan bahan A...dah cair tutup api..ketepikan dlm 2’
3. Bahan B – gaul dalam mangkuk sampai bercampur, jangan pukul kuat sekadar rata
4. Tuang campuran bahan B & C dalam A, gaul guna hand whisk
5. Tuang dlm bekas yg dilapik kertas
6. Bakar suhu 170C hingga masak
Labels:
Aneka Brownies
Monday, February 9, 2009
Sunday, February 8, 2009
Saturday, February 7, 2009
Wednesday, February 4, 2009
BANANA CHOC CHIP MUFFIN
Bila dipandang pisang atas meja, kesian lak rasanya.....sayang kalo dah lebam2 tu dibiarkan gitu aje....nanti cik tong jugak yang kenyang...dari membazir apa kata kita wat banana choc chip muffin....chedappppp.....harum satu rumah dek bau muffin ni.....anak pun tak sabar nak makan sbb dah terguda ngan baunya.
Banana Choc Chip Muffin
Sumber : chefwan
Bhn
1/2 cwn butter
1 cwn brown sugar
1 biji telur
1 cwn pisang masak, dilecek
1st soda bikarbonat
2sb air panas
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 st garam
1/4 cwn choc chip
Cara
- Putar butter + gula hingga gebu
- Masukkan telur dan pisang
- Masukkan soda dan air panas dan tuang dlm adunan tadi
- Masukkan tepung, garam dan choc chip
- Kaup balik hingga rata.
- Sudukan adunan dlm muffin dan tabur sedikit cchip utk hiasan diatasnya
- Bakar selama 20'
*maklang sarankan jgn terlalu penuh isi adunan sbb muffin ni naik tinggi wpun tak guna bpowder.
Labels:
Aneka Muffin
Sunday, February 1, 2009
KELAS CHEESECAKE & SROLL - 2/2/09
Cikgu Ada dari Greenwood dan cikgu Ana dari Keramat ambil kesempatan sempena cuti wilayah utk belajar wat chiskek n sroll. Cikgu Ana (kiri) pernah belajar wat cc ngan mklang satu ketika dulu...kali ni nak belajar lain lak. Masing2 pandai menggulung wpun baru pestimer cuma sroll coklat tu aje yg tergelincir skit gulungannya sbb coklat tu licin ye...kalo pekat insyaAllah boleh digulung....anyway..congrat pd cikgu berdua ni sbb berjaya dlm sesi penggulungan sroll...hehehe..Tkasih sekali lagi kerana sudi belajar ngan maklang...segala salah silap mohon maaf ye cikguuuuu.....
Labels:
Kelas
KELAS SBREAD & BROWNIES - 1/2/09


Kelas diminta oleh kak nisa dan kak fathiah....2 org kakak ni pernah belajar ngan maklang satu ketika dulu utk wat cc, kali ni nak belajar wat brownies dan sbread. Kak Nisa ni toke tau...byk tempat meniaga...tiap kali datang kelas mesti ada buah tangan yg dibawanya...kali ni bawak popia pak ya yg berderet2 org membelinya...rasa popia ni lain skit...ada madu....chedappp..kenyang makan seketui sbb besorrrrrr......tq kak berdua sudi datang belajar lagi ngan saya...camner saya boleh terlupa ambik gambo akak tak tau le...ni saya guna gambo lama akak aje.
Labels:
Kelas
Subscribe to:
Posts (Atom)